Tuesday, January 18, 2011

Formula 5% : BN bakal tumbang di Pahang

PAHANG PERLU 5% SOKONGAN UNTUK PR MEMERINTAH

http://pemudasarawak.files.wordpress.com/2010/10/datofauzi.png?w=130
TEMERLOH, 18 Jan. : Datuk Fauzi Abd Rahman menjelaskan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan PKR negeri diTemerloh baru-baru ini.Menurutnya, Pahang hanya memerlukan 5% sahaja undi bagi pakatan memerintah negeri tersebut.

Beliau mengulas dakwaan bahawa PKR Pahang tidak berinovasi dari segi gerak kerja yang di jalankan.

Beliau menyatakan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat negeri dan seterusnya merasmikan kejohanan Futsal di Temerloh yang di sertai oleh lebih 36 pasukan di sekitar Pahang.


“Jika 5% undi yang di perolehi itu menjadi kenyataan maka Pakatan Rakyat Pahang akan menjadi pemerintah dan beri kami masa 2 tahun bagi mengumpul duit untuk rakyat Pahang yang selama ini di bawah BN dan menanggung hutang yang banyak untuk dijelaskan .

“Semua ini akan di uruskan oleh Fuziah Salleh sebagai peneraju utama PKR negeri . Kita yakin dengan formula 5% ini dan kita akan mendapat
19 kerusi baru iaitu 19+4+1, iaitu di mana 19 kerusi baru di tambah dengan 4 sedia ada dan 1 bebas, maka kita akan mempunyai 24 kerusi untuk menjadi pemerintah negeri Pahang,” katanya.

Menurut Datuk Fauzi lagi,di kawasan FELDA dan kawasan Orang Asal , misalnya di Kuala Krau PKR telah berjaya menembusi dan menubuhkan 10 ranting PKR di situ.

Begitu juga di Paya Besar yang mempunyai 14 rancangan FELDA, PKR telah mempunyai ranting di 14 kawasan tersebut dan ada yang telah mempunyai jawatankuasa penajanya .


Sementara itu Pusat Latihan PKR Negeri di Bukit Faser akan di jadikan pusat latihan untuk PKR mengendalikan sebarang program dan kursus yang akan dibuat oleh pihak PKR negeri .

Ketika ditanya desas desus beberapa tokoh utama Umno yang akan menyertai PKR negeri, beliau dengan yakin menyatakan bahawa ada yang pernah menjadi mantan ADUN ngeri , mantan EXCO negeri, mantan ahli parlimen. Mereka menghubungi beliau dan ada juga yang beliau hubungi bagi menyatakan pendirian menyokong PKR.

“Ini membuktikan bahawa jika mereka ini menyertai dan menyatakan sokongan kepada PKR negeri, kita yakin pengaruh mereka juga banyak dan akan menguatkan gabungan Pakatan Rakyat di negeri Pahang dan seterusnya menawan Pahang dalam pilihanraya yang ke 13. Kita yakin Pahang akan menjadi negeri yang seterusnya jatuh dan PR bakal memerintah Negara,” akhirinya.

No comments: