Sunday, January 30, 2011

Gobala keluar, PR Kedah bertambah kukuh

MB Kedah : PR Tetap Kukuh


ALOR SETAR 31 Jan.: Tindakan anggota Parlimen Padang Serai N.Gobalakrishnan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedikitpun tidak menjejaskan kekuatan Pakatan Rakyat di Kedah, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata tindakan itu telah lama dijangka kerana Gobalakrishnan mungkin mempunyai kepentingannya sendiri kerana terlibat dalam banyak kesalahan di sisi undang-undang sebelum ini.

"Jadi, sebagai wakil rakyat, kalau dia buat sesuatu (keluar parti) mungkin orang akan hukum dia esok," katanya kepada pemberita pada jamuan sempena sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Seri Mentaloon semalam.

Azizan diminta mengulas tindakan Gobalakrishnan yang meletakkan semua jawatan dalam parti dan keluar PKR serta memilih menjadi wakil rakyat Bebas kerana tidak puas hati dengan kepimpinan parti itu kelmarin.

"Kita tidak goyah...malah kita jadi lebih kuat...mereka serang kita melalui televisyen pun kita tak terjejas," katanya mengenai dakwaan Pakatan Rakyat semakin goyah.

No comments: