Sunday, January 30, 2011

Umno bertambah megah menindas rakyat setelah menang di Tenang

Pemimpin Umno-BN Bersikap Hipokrit


KUALA LUMPUR 31 Jan. : Pilihan raya kecil DUN Tenang memperkukuhkan lagi anggapan bahawa sememangnya pemimpin Umno-Barisan Nasional bersikap hipokrit, kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

"Bercakap dengan orang bukan Islam mereka memberi tahu PAS hendak tegakkan negara Islam, berhadapan dengan orang Islam mengatakan PAS sudah buang negara Islam kerana takut kepada DAP," katanya dalam satu kenyataan medianya.

Parti Islam Semalaysia (PAS), katanya, mengucap tahniah kepada pengundi dan semua petugas pilihanraya kecil Tenang dari kalangan PAS dan Pakatan Rakyat yang bertungkus lumus untuk membantu calon Pas Normala Sudirman.

Semua penyokong Pakatan Rakyat bertungkus lumus seolah-olah mereka yang bertanding. Pertolongan yang datang dengan ikhlas tanpa bantuan dan upah, malahan ada di kalangan mereka yang mengeluarkan wang poket sendiri untuk melancarkan jentera pilihanraya, katanya.

"PAS mengucap tahniah dan penghargaan kepada Cikgu Normala Sudirman yang mewaqafkan diri untuk bertanding dalam pilihanraya kecil 31 Jan 2011 untuk mewakili PAS dan Pakatan Rakyat. Penghargaan khusus kepada Cikgu Maaruf yang memberi dorongan dan perangsang kepada Cikgu Normala sepanjang tempoh berkempen," kata Idris.

Tambahnya, isu untuk menjauhkan orang bukan Islam dengan PAS masih gagal walaupun isu salam dan negara Islam. PAS juga berpandangan kempen BN hendak memburukkan perjuangan PAS di hadapan orang bukan Islam gagal.

"Pemimpin Umno yang hipokrit dan lidah bercabang, bercakap dengan orang bukan Islam mereka memberi tahu PAS hendak tegakkan negara Islam, berhadapan dengan orang Islam mereka mengatakan PAS sudah buang negara Islam kerana takut kepada DAP," katanya.

No comments: