Friday, January 21, 2011

Kalau Umno , Perkasa , GAPS buat dibenarkan, bila PR buat halang

Polis Halang Himpunan Junjung Kasih Kepada Sultan Oleh Rakyat Selangor


KLANG 21 Jan.: Perarakan menjunjung kasih Pakatan Rakyat Selangor di perkarangan Masjid Jamek Sultan Sulaiman, Klang hari ini kecoh seketika apabila polis bertindak menghalang orang ramai daripada keluar dari masjid bagi menghalang perarakan ke Istana Alam Shah, Klang.

Kira-kira 600 orang hadir terdiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Akin dan timbalannya, Khairul Anuar Zainuddin serta ketua-ketua kampung seluruh Selangor.

Perhimpunan bertujuan untuk menghantar satu memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Almahrum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menyatakan sokongan dan taat setia kepada Sultan dann institusi diraja negeri Selangor.

Polis yang telahpun berada di pekarangan sejak sebelum solat Jumaat mula bertindak dengan membentuk 'tembok manusia' menghalang perhimpunan daripada terus berarak keluar dengan alasan perhimpunan tersebut tidak mendapat kebenaran untuk berarak di jalanraya serta akan menggangu lalulintas.

Tindakan polis menghalang ratusan peserta menyebabkan ramai yang mula melaungkan slogan 'Daulat Tuanku' meminta polis memberikan laluan dan ini telah menyebabkan polis membawa masuk kira-kira 10 angota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mengawal pintu besar masjid.

Setelah perbincangan, anggota polis akhirnya membenarkan sekumpulan wakil kira-kira 10 orang sahaja untuk meneruskan perarakan dengan syarat tidak mengganggu lalulintas, dan kumpulan tersebut diiringi oleh dua kereta peronda polis hingga ke pekarangan Istana Alam Shah.

Antara yang dibenarkan adalah Khairul, Syafie, Abdul Rani dan beberapa ketua kampung. Shamsul dan beberapa peserta yang ditahan daripada keluar dari masjid berjaya menggunakan laluan alternatif ke pekarangan istana.

Beberapa anggota polis trafik bermotor juga dilihat mengawal lalulintas memastikan pergerakan kumpulan tersebut dan kenderaan awam lancar hingga ke pekarangan istana, di mana beberapa anggota polis, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad serta Pegawai Pengiring Sultan Selangor Komander Ahmad Ramli Kardi menunggu kehadiran mereka.

Memorandum tersebut antara lain merafak sembah terus setia bersama Sultan Selangor dalam mempertahankan keamannan dan kemakmuran negeri.

Selain itu, memorandum itu turut menyuarakan keyakinan ke atas kebijaksanaan Sultan Selangior dalam memberikan nasihat dan pandangan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam mentadbir negeri yang membolehkan seluruh rakyat negeri meperoleh manfaat daripadan kekayaan dan kemakmuran negeri.

No comments: