Friday, January 21, 2011

PAS sudah bersedia di Merlimau-

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvK8BM-C3WcBAdPBJsHU-HOBtAXPxdKLb-CDXZlU-luEavdgwyvHeUhxD1RKEM6xDOpn6P_Y2bvNwWNwQ-_0ilGWTFpwRapG6-2d82SYPuUK892W1-P1pCh6xdhmEaS_0zkxli4NnhxdM/s320/dr+hassan+ali.jpgSHAH ALAM 21 Jan. : Datuk Dr Hasan Ali berkata PAS sudah bersedia menghadapi satu lagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau, Melaka kerana parti itu sudah bekerja sebelum adanya pilihanraya.

Beliau yang juga ADUN Gombak Setia semasa ditemui Tv Selangor berkata, PAS mengutamakan rakyat di akar umbi dan kebanyakan program kemasyarakatan PAS berkisar dalam memenangi hati rakyat secara konsisten.

"Awal-awal lagi kita dah turun sebenarnya, kita ziarah kawasan FELDA sebelum pilihanraya pun kita dah turun, jadi kita mengharapkan dengan istiqamah, dengan kita turun ke bawah dengan menziarah tiap-tiap pengundi di rumah, saya rasa pendekatan ini yang berada di hati rakyat, yang dekat dengan rakyat. Pendekatan inilah yang saya rasa akan memberi kemenangan kepada PAS samada di Tenang ataupun Merlimau," jelas beliau.

Kerusi Merlimau kosong selepas Adunnya, Datuk Hidhir Abu Hasan meninggal akibat sakit jantung di Hospital Putra kira-kira 8.10 malam semalam. Kematian beliau menandakan satu pilihanraya perlu diadakan dalam jangkamasa 60 hari.

Beliau yang mewakili Barisan Nasional (BN) merupakan Adun Merlimau dua penggal sejak 2004 di mana semasa pilihanraya umum ke-11 (PRU-11), beliau mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jayathas Sirkunavelu dengan majoriti 5,087 undi.

Beliau turut mempertahankan kerusinya menentang calon PAS, Jasme Tompang dengan memperoleh 4,981 undi berbanding 2,827 undi dalam PRU-12 pada Mac 2008.

Merlimau merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Jasin, Melaka yang bersempadan dengan Muar, Johor dengan pengundi berdaftar sebanyak 10, 471 pengundi.

Daripada jumlah ini, sebanyak 64.69 peratus atau 6,774 pengundi adalah warga Melayu, 21.11 peratus atau 2,210 pengundi dari warga Cina, 14.16 atau 1,482 pengundi warga India dan selebihnya 0.04 peratus atau lima lagi warga berlainan bangsa.


No comments: