Saturday, February 26, 2011

Adnan fitnah PAS isu sijil calon BN

TEMERLOH, Feb 26: PAS hari ini menyelar kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang terang-terang memfitnah PAS terlibat dalam isu kontroversi isu sijil calon Barisan Nasional di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Sedangkan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tiada satupun kenyataan yang dikeluarkan dari mana-mana pemimpin PAS mengenai isu tersebut sehingga kini.

“PAS kesal kerana dituduh menyebarkan fitnah kepada calon BN Syed Ibrahim yang dikatakan gagal menamatkan pengajian di Mesir (Universiti Al-Azhar).

"Sedangkan isu ini tidak pernah keluar daripada mana-mana pimpinan PAS. Ia dicetuskan oleh blogger yang tiada kena mengena dengan PAS.

"Bagi PAS, kami menafikan sekeras-keras tuduhan isu ini ditimbulkan oleh PAS,” katanya yang juga Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kerdau.

Justeru, selepas Syed Ibrahim dinamakan sebagai calon BN Selasa lepas, Adnan tetiba menyalahkan PAS dalam satu laporan Bernama semasa membuat kenyataan penafian bahawa calonnya tidak berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar ketika disoal media.

Kenyataan Adnan menyalahkan PAS dibuat meskipun perkara itu tidak dilaporkan di sebarang media pro-pembangkang ataupun mana-mana pemimpin PAS atau Pakatan Rakyat.

Ramai pemerhati politik berpendapat perkara ini sengaja ditimbulkan seperti mana penerbitan dan penyebaran risalah bertajuk Kalau Program 100 Hari Pakatan Rakyat Dilaksanakan di Kerdau semalam sebagai satu percubaan menghasut melampau terhadap PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil kali ini.

Bahkan bukan itu saja, Adnan juga menokok tambah pertuduhan kepada PAS apabila menukar kontroversi kegagalan Syed Ibrahim itu kepada ‘isu beli sijil’ yang kini dikaitkan dengan pelbagai jenis kenyataan.

“Asal isu beliau dikatakan gagal menamatkan pengajian, langsung tiada sebarang kenyataan beliau beli sijil, seingat kita kenyataan beli sijil keluar dari kenyataan MB.

"Kini pelbagai kenyataan dikait dengan beli sijil. Begitulah 'peralihan' dari isu asal gagal menamatkan pengajian kepada isu yang dikemukakan oleh pimpinan mereka (beli sijil),” selar Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Untuk PAS, katanya, soal calon BN lulus atau gagal itu bukanlah isu, namun pengundi berhak mengetahui keadaan sebenar.

“Mereka berhak tahu, walaupun ribuan calon sahkan lulus di al-Azhar, pergi pun tidak,” ujarnya.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim juga telah memberikan komitmen untuk tidak menyerang peribadi calon dan isu peribadi dalam kempen PAS di Kerdau.

Kerusi Dun Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

Pilihan raya kecil (PRK) Kerdau yang akan berlangsung pada 6 Mac ini menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PAS, Hassanuddin Salim dengan calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

2 comments:

Hamdan Rukun said...

INI PERKARA BIASA. JIKA KENYATAAN TU MENGUNTUNGKAN PAS, PIMPINAN PAS AKAN MENGAKU KELAM KABUT BEGITULAH SEBALIKNYA.

KEPADA BLOGGER PAS, INSAFLAH. PAS TAK PERNAH HARGAI KORANG. TENGOK APA JADI PADA DIN BINJAI.

Anonymous said...

blogger PAS buat kerja bukan nak duit PAS, boleh pahala alhamdulillah.

Tapi blogger Umno macam hang luncai buat kerja untuk dapat sedut kentut RO$mah.