Friday, February 4, 2011

Bilik Gerakan Operasi Pelajar Selangor di Mesir seru rakyat Malaysia hulur bantuan

Rakyat Malaysia Diseru Hulur Bantuan Bantu Pelajar di Mesir


SHAH ALAM 4 Feb.: Bilik Gerakan Operasi Pelajar Selangor di Mesir menyeru agar semua pihak khusnya rakyat Malaysia dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menghulurkan bantuan bagi memastikan keseluruhan rakyat Selangor selamat pulang ke tanah air.

Situasi ini berlaku akibat lambatnya tindakan pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan perkara ini.

Bendahari Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (Ilmam), Mohd Fauzan Mazlan menjelaskan bantuan dalam bentuk kewangan amat diperlukan.

“Kita cuba memastikan dalam tempoh dua tiga hari ni untuk kita menghantar dan dapatkan bantuan kemanusiaan segera mungkin untuk kita hantar delegasi kita ke Jeddah dan ke Mesir.

“Walaupun kita terpaksa berhadapan dengan birokrasi Wisma Putra, tapi kita yakin kita akan cuba menghantar wakil-wakil dari NGO dan Lembaga Zakat Selangor," katanya.

Fauzan berkata, bilik gerakan yang beroperasi selama 24 jam setiap hari itu kini dijadikan one-stop center bagi ahli keluarga mengetahui perkembangan rakyat Selangor yang masih berada di Mesir. Jelas beliau, bilik gerakan tersebut akan sentiasa mengemaskini keadaan pelajar setiap satu jam.

“Kita ada maklumat seluruh pelajar-pelajar Mesir khususnya rakyat Selangor dan kita juga mendapat maklumat di sana, kita juga membuka bilik gerakan di Mesir dan di setiap negeri-negeri di Mesir ni kita ada 10 cawangan bilik gerakan di mana kita dapat pantauan setiap satu jam.

Dalam pada itu, beliau turut memuji sikap prihatin dan tulus kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan pelajar agar sentiasa teratur dan mencukupi.

Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Pelajar dan Ketua penyelaras Operasi Bilik Gerakan Pelajar Selangor, Mohd Faryzan Subhi, setakat ini keseluruhan 1280 pelajar dilaporkan berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan atau masalah kesihatan serius.

Jelas beliau, setakat ini 52 pelajar dilaporkan selamat tiba di Jeddah jam 6.30 petang tadi dengan menaiki pesawat, manakala 160 pelajar wanita kini sedang menunggu penerbangan pulang yang dijangka berlepas kira-kira jam 1.45 pagi waktu Malaysia.

Faryzan turut berkata, setakat ini proses pemindahan pelajar berlaku dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Mereka yang ingin menghubungi bilik gerakan ini bolehlah menghubungi talian 03-55143520, 03-55143538, 03-55123439, 03-55143534 atau 03-55143576 untuk mendapatkan maklumat terkini.

No comments: