Saturday, February 19, 2011

Dr Badrol Amin cabar Noh Omar

Noh kena tunjuk bukti

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjeTUYtjrMp-5_urPJbw73BVEnUc6oagZ8m4Hy8_yqy7iCQbNmbi_yFdcE2RfgW9a2ilaeV1Mvrbm4IqwvzAHd4aSEKh7V3tUm-z9Ud2vwQ_Ja0TGg10VKCtn7IOG2QXx5WpsGoKu9lQT0i/s320/Dr+Badrul+Amin.jpg
SHAH ALAM, 19 Feb.: Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar digesa mengemukakan bukti dakwaan penyalahgunaan dana awam Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor bagi menampung perbelanjaan Kongres PKR November lalu.

Naib Pengerusi II PKR Selangor, Dr Badrolamin Bahron berkata, sekiranya dakwaan Noh benar, beliau perlu membawa bukti tersebut kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat.

Beliau juga mengingatkan Noh agar tidak menyalahgunakan media untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Saya yakin Noh tiada bukti dan saya tolak tuduhan tersebut, tetapi kalau betul dia hendak tuduh juga, buktikan dan dakwalah. Kalau setakat dia sendiri pun memfitnah dan menipu, tak ada gunanya. Jangan gunakan media untuk memburukkan orang lain.

“Jangan cakap sembarang kemudian gunakan media untuk mempengaruhi rakyat supaya percaya dengan penipuan yang boleh menimbulkan salah faham terhadap Kerajaan Selangor,” katanya.

Badrolamin berkata, selama ini sudah banyak dakwaan terhadap Abdul Khalid berhubung beberapa isu seperti kes 46 ekor lembu, isu kereta Lexus tetapi ditutup SPRM.

“Tan Sri cukup jaga bab duit, saya kerja sudah separuh bulan dengan Tan Sri. Kalau bab duit, beliau cukup berkira dan sangat jaga fasal kewangan.

“Saya tetap pertahankan Menteri Besar, beliau sangat telus dan beliau tidak akan buat benda salah dengan duit, even satu sen pun,” katanya.

Kelmarin, Noh mendakwa Kerajaan PR menyalahgunakan dana awam Kerajaan Negeri sebanyak RM80,000 untuk menampung perbelanjaan Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) November lalu.

Noh mendakwa, Kerajaan PR menggunakan Menteri Besar Incorporated (MBI) tersebut untuk menempah 100 bilik hotel dan perbelanjaan logistik lain.

Beliau berkata, PR Selangor tidak seharusnya menggunakan dana itu untuk sebarang aktiviti parti melainkan program di bawah Kerajaan Negeri.SH

2 comments:

Anonymous said...

Samseng sampai ke mati?

Anonymous said...

wak noh ni sama aje dgn wak khir... cakap aje berdekah2 mane dia ade bukti...belum ade dan baru nak cari bukti dh heboh 1 malaya PR SELEWENG lah masa depa seleweng cukup bukti pun SPRM wat dek aje... tengok kes wak khir bertahun2 baru dakwa.. cuma kes org PR esok/lusa siasat tulat dakwa cth kes shohaimi ADUNSri Muda..INGAT HYA MELAYU BERJIWA hamba AJE Sokong UMNOAPCO.....