Saturday, February 19, 2011

PAS perintah beri tanah kepada rakyat, Umno perintah rampas tanah rakyat


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita42/saifulbahrimamat.JPGDUNGUN - Kerajaan PAS yang memerintah negeri Terengganu pada tahun 1999 - 2004, telah melaksanakan dasar-dasar yang menjamin keselamatan dan keselesaan hidup rakyat termasuk kepada peneroka Felda.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahari Mamat (gambar) berkata, kerajaan Terengganu dibawah pimpinan PAS telah memberikan geran hak milik kepada peneroka Felda Kerteh 1 dan 6, tetapi belum ada satu pun hak milik yang diberikan oleh kerajaan Umno-BN Terengganu.

"Semasa PAS memerintah, kerajaan pimpinan Menteri Besar Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah memabahagikan (menyerah) geran (hak milik) kepada (para peneroka) di Felda Kerteh 1 dan 6,

" tetapi selepas itu (apabila diperintah Umno-BN) tak nampak gambatr lagi (belum lagi) memberikan (sebarang hak milik kepada peneroka) Felda Kerteh 2 & 3,"ujarnya ketika menyampaikan ceramah sempena Himpunan Peneroka Felda negeri Terengganu Kali Ke-2 di Felda Kerteh 1, Jumaat 18 Februari.

Selain itu, menurut Ustaz Saiful yang juga wakil rakyat DUN Paka ketika PAS memerintah, kerajaan telah menyiapkan 1,000 lot-lot tanah bagi penempatan peneroka generasi kedua.

Beliau berkata, kerajaan PAS telah menyediakan 1,000 lot tanah, siap ukur dan ditanam batu sempadan, untuk diagih-agihkan kepada generasi kedua, tetapi malangnya, ia telah dibekukan oleh kerajaan Umno-BN sejak mengambil mengambil alih pemerintahan tahun 2004.

Hasil dari program Himpunan yang diadakan, katanya, sudah ada 135 orang bersedia untuk memfailkan saman terhadap Felda kerana gagal memulangkan wang caruman tanam semula sebanyak RM17,000.00.

Turut menyampaikan ceramah adalah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Setiausaha Aguing PKR, Saifuddin Nasution, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman dan calon PAS PRK DUN Tenang, Cikgu Normala Sudirman.

No comments: