Friday, February 25, 2011

Kenyataan tengin Adnan Yaakob

Adnan tidak tahu Buku Jingga

TEMERLOH, 25 Feb: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tidak mengetahui apa sebenarnya Buku Jingga yang mengandungi program 100 Hari Pakatan Rakyat.

Pengarah Pilihan Raya PAS PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini berdasarkan kepada kenyataan Adnan yang disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menyatakan demikian dengan merujuk kepada laporan akhbar itu di muka surat P3 di bawah tajuk "BN tidak gentar siapa calon pembangkang"

Laporan itu memetik kenyataan Adnan yang mengatakan "saya amat mengalu-alukan pengeluaran Buku Jingga yang kononnya membongkar segala kelemahan pentadbiran Kerajaan Pahang dibawah pimpinan saya. Malah kepada rakyat Buku Jingga kedua akan saya keluarkan untuk menjawab segala tomahan tersebut termasuklah kelemahan pengurusan kewangan dan sebagainya".

“Saya fikir sebenarnya MB tidak tahu apa sebenarnya buku Jingga,” kata Tuan Ibrahim pada sidang media di Markas Induk PAS PRK Kerdau di pekan Kerdau, dekat sini, pagi ini.

Katanya, berdasarkan kenyataan Adnan itu menggambarkan bahawa menteri besar itu tidak mengetahui apa sebenarnya kandungan Buku Jingga.

“Apa yang beliau (Adnan) anggap Buku Jingga adalah serangan daripada PAS kepada kerajaan negeri Pahang sedangkan Buku Jingga tiada kena mengena dengan kerajaan Pahang, dia (Buku Jingga) bersifat tawaran 100 hari Pakatan Rakyat.

“Saya fikir maklumat itu perlu menggambarkan Menteri Besar yang ada tidak tahu menahu Biku Jingga hingga mahu mengeluarkan pula ‘Buku Jingga kedua’ bagi menjawab ‘Buku Jingga pertama’,” ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.

3 comments:

Anonymous said...

Adnan,MB Pahang ni bukan tau apa.Dia pandai tunjuk punggung aje.Nanti tengok waktu hari penamaan calun,dia akan tunjuk punggung dan buat tanda lucah lagi.Itu aje dia tau.Khabarnya PRU akan datang Pahang akan dapat MB baru sebab yang ada ni tak ada standard.

Hamdan Rukun said...

SEBENARNYA TAK RAMAI ORANG AMBIL TAHU PASAL BUKU JINGGA. DAH TENTU MENGARUT DAN BUANG MASA JER..

CASTILO ZULU said...

KALAU LUNCAI LUNCAI JUGAK... MEMANG 1 MALAYA TAU AHLI UMNOAPCO MEMANG TAK SUKA MEMBACA.. KALAU BACA PUN UTUSAN MELOYA RUANG HIBURAN DAN KEPUTUSAN 4D RPT 4D...MEMANG MELAYU HAPRAK BERJIWA HAMBA MCM LUNCAI TAK FAHAM BUKU JINGGA SEBAB UM TAK PERNAH SIARKAN CERITA SEBENAR.. HANYA NEGATIF AJE...ITU PASAL AHLI UMNOAPCO PEMINPIN RASUAH PUN DEPA SOKONG KERANA BOLEH MASUUUK....