Wednesday, March 30, 2011

Selangor bakal laksana pilihanraya pilih Pengerusi JKKK

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhI-8ZW03GCeHHz4Sd_P5TjlkJ_nhY0qUvxtByGaHKISg4BLf1YHEpeBfJ18Irods4ePlAcjsVCYb1E0S6exdgfpo7la1TOKNS-TzfoILXlRdinMxB6ZZyQBV2hG8PUtgJTXLDBg7RPsQ0/s400/mari-mengundi.jpgSHAH ALAM 31 MAC : Pilihanraya bagi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bakal dirintiskan di beberapa buah kampung di negeri ini bagi membudayakan proses demokrasi.

Menurut Exco Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah, bagaimanapun proses berkenaan masih diperingkat perbincangan dan akan menjalani kajian sebelum diimplementasi secara penuh.

"Kerajaan Negeri sememangnya bercadang untuk melaksanakan pilihan raya umum di kampung baru dengan Pelaksanaan Projek Perintis Pilihan Raya Pengerusi JKKK yang akan dijalankan di Kampung Bagan Pulau Ketam, Kampung Baru Pandamaran dan Kampung Baru Sungai Jarom.

"Bagaimanapun masih dalam proses perbincangan bersama jabatan teknikal yang terlibat dalam merealisasikan projek perintis tersebut," kata Ean ketika menjawab soalan dari Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang Lee Kim Sin.

Menurut Ean lagi setakat ini kerajaan negeri masih mengguna pakai Manual Panduan Kerja Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang sedia ada dimana lantikan dibuat oleh Menteri Besar atas nasihat Exco-Exco negeri.

Ean menerangkan bahawa Pengerusi JKKK yang dilantik akan bertugas selama 2 tahun dan dinilai melalui penilaian yang dilakukan kerajaan negeri.

Ean turut mengulas mengenai rancangan peningkatan kualiti hidup di kampung-kampung baru yang dijalankan kerajaan negeri.

Paling asas ialah meningkatkan infrastruktur dan kemudahan agar dapat dinikmati rakyat Selangor yang tinggal di kampung baru.

"Meningkatkan infrastruktur asas seperti jambatan, longkang jalan, dewan dan sebagainya untuk kegunaan awam. Jambatan rosak tanpa penyelenggaraan berpuluh tahun telah digantikan dengan jambatan simen demi keselamatan," lapor Ean.

Selain itu perancangan pelbagai program turut dilakukan demi memastikan nasib mereka tidak terabai seperti ketika berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

"Laman web 1-kampung baru juga mempromosikan tempat tarikan, makanan istimewa dan sejarah kampung baru untuk bantu perkembangan ekonomi tempatan.

"Cadangan kajian penyelidikan mengenai "Kampung Baru di Selangor akan melihat peluang penambah baikan taraf hidup penduduk kampung baru dari segi ekonomi pentadbiran dan pengurusan kampung," kata beliau lagi.

No comments: