Friday, March 4, 2011

Letak jawatan Mufti, Harussani dialu-alukan bertanding di Parit Buntar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCzyaLTFp6UrQyNc9DGTkcSdGq8h0uHk7RsvYC8FgQGWw6vjb8orZpEDgmCl9YHX6bCsNS6OPwgBFvlX0feeJ1YfKG7Wz4TJ6yTF-lkoB1gA_nXfa42_cXRYUugVYp0ZKMPkogLNJkxtAB/s200/harusani.bmpPARIT BUNTAR, 4 Mac : Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria diingatkan supaya tidak hanya membuat kenyataan yang membabitkan batang tubuh pemimpin PAS sebaliknya juga perlu membuat kenyataan terhadap tindakan pemimpin Umno yang menyalahi syariat Islam.

Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad berkata Mufti Perak sepatutnya bersuara terhadap tindakan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mengalungkan bunga di Makam Kamal Antartuk pemimpin sekular Turki.

“ Terbaru , beliau membuat kenyataan hanya berdasarkan laporan media kerajaan yang membabitkan Menteri Besar Kelantan. Lebih malang kenyataan ini dibuat tanpa menyelidik terlebih dahulu atau bertanya dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

“ Lebih menghairankan beliau langsung tidak mengulas tindakan Najib menggelar Syeikh Yusoff Qardhawi dan Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas “katanya

Hamdan berkata, Mufti Perak seharusnya adil dalam membuat kenyataan tanpa menyebelah mana-mana pihak.

“ Jika beliau teruja hendak membuat kenyataan mengenai politik di Malaysia, tidak ada masalah. Tapi jangan hanya membabitkan parti PAS dan Pakatan Rakyat sahaja.

“ Beliau kena juga menyatakan hukum berkaitan tindakan pemimpin Umno dan BN yang sedang merasuah pengundi-pengundi di Dun Kerdau dan Merlimau secara terang-terangan”katanya

Menurutnya , sekiranya Mufti Perak sudah tidak mampu bersikap adil dan ingin menyebelahi Umno beliau seharusnya meletakkan jawatan sebagai Mufti Perak .

“ Saya syorkan Tan Sri Harussani meletakkan jawatan sebagai Mufti kalau ingin berpolitik. Malah beliau dialu-alukan bertanding di Parit Buntar atas tiket Umno BN.

“ Itulah yang terbaik supaya rakyat Perak tidak lagi terkeliru dengan kenyataan Mufti Perak yang dilihat terlalu menyebelahi Umno “ katanya

No comments: