Thursday, March 10, 2011

Najib habiskan RM 63 000 duit rakyat hanya untuk hantar email

Emel 1M'sia: Rakyat diajak selamat wang rakyat

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok masih berang dengan jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak terhadap satu soalan di Parlimen bahawa kerajaan membelanjakan RM63,000 untuk menghantar emel ucapan "Salam 1Malaysia" kepada 1.25 juta rakyat Malaysia.

NONESebelum ini, ahli parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan bertanya kepada Najib di Parlimen semalam tentang e-mel yang dihantar kepada rakyat Malaysia pada awal pada Februari, bersama-sama dengan ucapan SMS Tahun Baru Cina.

Dalam jawapan bertulisnya, Najib berkata empat juta SMS yang dihantar disediakan secara percuma oleh tiga syarikat-syarikat
telekomunikasi - DiGi Bhd, Maxis Bhd dan Celcom Bhd - sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka.

Syarikat yang mengendalikan penghantaran emel berpangkalan di Amerika Syarikat.

Sehubungan itu, Teresa yang juga pengerusi DAP Selangor, mengingatkan Najib bahawa bajet yang diperuntukkan oleh menteri kewangan (Najib) kepada Najib sebagai perdana menteri, bukanlah dana peribadinya, tetapi wang pembayar cukai, yang perlu diuruskannya dengan cermat untuk kebaikan semua rakyat Malaysia, dan bukannya syarikat terpilih sahaja.

NONEBeliau yang juga exco kerajaan Selangor turut mendakwa bahawa Najib telah menganugerahkan kontrak menghantar emel kepada pihak ketiga, Lyris Inc, yang merupakan syarikat pemasaran teknologi yang berpangkalan di California.

Teresa mendakwa, tiada proses tender terbuka, tetapi nama syarikat terbabit, boleh dilihat dengan mengklik pada pautan 'tidak melanggan' (unsubscribe) pada emel.

Sehubungannya, beliau menggalakkan orang ramai mengklik 'tidak melanggan' (unsubscribe) senarai penghantaran 'Salam 1Malaysia' bagi menyelamatkan wang pembayar cukai serta untuk menghantar satu mesej protes terhadapnya.

No comments: