Thursday, March 17, 2011

SPRM tidak berani siasat Taib ?

SPRM Harus Siasat Taib, Kata TI-M


KUALA LUMPUR 18 MAC : Transparency-International Malaysia (TI-M) hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bagi memperbaiki reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa.

Presidennya, Datuk Paul Low berkata, dakwaan terhadap keluarga ketua menteri itu boleh menyebabkan indeks rasuah negara terus merosot.

Menurut Paul Low, gesaan ini dibuat berikutan tuduhan terhadap Taib , ketua menteri paling lama memegang jawatan, sudah muncul di media asing sekarang.

“Transparency-International risau mengenai kewibawaan negara dan juga imej kita jika siasatan tidak dijalankan,” kata Presiden TI-M Datuk Paul Low kepada pemberita hari ini.

Paul Low berkata demikian bagi mengulas dakwaan yang didedahkan laman sesawang anti Taib, Sarawak Report bahawa wujudnya empayar perniagaan membabitkan ketua menteri Sarawak itu di peringkat global dan dakwaan rasuah.

Paul Low juga menggesa agensi-agensi penguatkuasa yang lain seperti Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara, untuk menyiasat Taib berhubung kemungkinan berlakunya aktiviti kewangan yang tidak sah.

Taib akan menyambut 30 tahun mentadbir Sarawak pada 26 Mac ini.

1 comment:

Anonymous said...

Mana ada biji mata haprak SPRM tu berani nak menyiasat taib mahmud tu ,kes kes macam NI SPRM TELOQ NAIK KEUBUN UBUN la kalau dok try nak siasat.tapi kalau kes takat rm 2000.ke 5oo.ke depa pulun sampai mati cina sekoq tu.tak payah la nak harap puak puak babi ni benteras rasuah .tapi kalau taib tu tak kojol lepaih besara ni mungkin la buat sikit kejutan mcm ling leong sik tu dan sekoq lagi cina tu.kalau kes pasai dgn Puak puak atau pemimpin PR hari ni cakap esok siasat terus.kes Nik dapat tawaran pi mekah sampai batal kawan tu nak pi mekah ,depa punya keja last last takdak kes pulak .tapi kalau AMNOHARAMJADAH TU lagi tak dapat wahyu tak payah la dok usung repot takkan jalan punya .tula dia kerja babi sondoi acaq.