Friday, March 25, 2011

Video lucah adalah projek "Orang Nombor Satu" negara

Eskay Minta Saya Bekal Anggota UTK, Kata Bekas Pegawai Megat Junid


KUALA LUMPUR 24 MAC : Datuk Shazryl Eskay dilaporkan memohon khidmat empat anggota Unit Tindakan Khas beberapa hari sebelum beliau menayangkan sebuah video seks untuk menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Pengawal Peribadi kepada Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, Mohamad Mahti Abdul Rahim, berkata Eskay memintanya mendapatkan khidmat anggota UTK itu untuk sebuah projek yang dipersetujui oleh “orang nombor satu’ negara.

Mahti berkata beliau telah turut dibawa berjumpa dengan Bendahari Perkasa Shuaib Lazim namun akhir mengambil keputusan tidak mahu terbabit dalam sebarang perancangan mereka.

Eskay, Shuaib dan mantan Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik menggelar diri Datuk T yang bertanggungjawab menayangkan video lucah berkenaan.

"Pada malam itu, beliau membawa saya ke rumah (Shuaib)untuk bertemu, dan pada ketika itu, beliau memberitahu saya, dia lakukan semua ini kerana NO 1,” kata Mahti.

“Saya tidak mahu campur, saya tidak mahu mengetahui lebih lanjut (jadi)saya terus pulang," tambah beliau.

Mahti mendedahkan pada 8 Mac, Eskay, seorang ahli perniagaan dari Kedah, turut memberitahunya bahawa beliau amat marah kerana Anwar enggan hadir memberi keterangan dalam sebuah kes tuntutan saman RM20 juta.

“Beliau (Eskay) memberitahu saya, biar apa pun terjadi, dia akan jatuhkan Anwar,’ Mahti memberitahu pemberita di Kuala Lumpur petang tadi.

Eskay berkongsi kemarahannya itu dengan Mahti semasa mahkamah berhenti rehat ketika perbicaraan itu.

Mahti berkata beliau tidak mengetahui pembabitan Eskay dalam video lucah itu secara terperinci namun beliau mengambil keputusan untuk mendedahkan dendam Eskay terhadap Anwar.

"Beliau (Eskay) sangat marah dengan Datuk Seri Anwar sebab Anwar tidak mahu menjadi saksi" kata Mahti.

"Bagi saya, Eskay ini adalah si Kitol yang memporak-perandakan negara. Saya tidak sanggup rakyat diperbodohkan oleh dia" katanya.

Si Kitol dikenali dalam Sejarah Melayu sebagai watak yang menabur fitnah dan pandai mengadu domba sehingga menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka.

Mahti berkata majikannya Allahyarham Megat Junid yang ketika itu Timbalan Menteri Dalam Negeri telah memperkenalkan Eskay kepada tokoh-tokoh politik termasuk Anwar dan Mahathir Mohamad.

Mahti, seorang bekas pegawai polis berkerja dengan Allahyarham Megat Junid dari tahun 1984 hingga 2000.

Shazryl sebelum ini memfailkan saman terhadap syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana mendakwa beliau tidak dibayar RM20 juta sebagaimana dijanjikan.

Eskay menuntut bayaran itu kerana mendakwa mendapatkan projek Jambatan Bengkok di Johor untuk Syarikat Merong Mahawangsa.

2 comments:

Penditakainsingkat said...

Salam Tuan,

Memang watak Si Kitol adalah berbahaya dalam keselamatan rakyat dan negara.

Kerana Si Kitol hanya mementingkan diri dan matlamat peribadiunya sahaja.

Sanggup merosakkan pihak lain melalui berbagai2 cara misalnya menggunakan kaedah fitnah.

Perbuatan Si Kitol samalah dengan perbuatan pengkhianat yang sangat berbahaya.

Anonymous said...

PADA GUA RTC DAN KONCU2 NYA PATUT DIBOMOH AJE BIAR HIDUPNYA DERITA SEPANJANG Hayat.... KALAU NAK HARAP PDRM AMBIL TINDAKAN JGN HARAP... JIKA RAKYAT MARHEAN DIDAPATI MEMILIKI, MENONTON ATAU MENAYANGKAN FILEM LUCAH HARI ITU JUGA DITANGKAP DAN TIDOR DI LOKAP. NGAPE IGAP KATE RTC DAN KUNCU2 TIDAK MELAKUKAN KESALAHAN... HAIRAN FAHAMAN IGP 1 MALAYSIA MENTAFSIR UNDANG... HOMEGUARD PENCEN PUN FAHAM..