Wednesday, April 13, 2011

12 ditahan buat bantahan di luar bangunan DUN Perak, jika Umno buat bantahan sampai pecah pagar bangunan DUN P.Pinang seorang pun tak kena tahan

Sekurang-kurangnya 12 orang, termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar ditahan polis kerana melancarkan bantahan di luar bangunan dewan undangan negeri Perak yang sedang bersidang.

Bantahan itu bagi menuntut Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menunaikan janjinya membekalkan tanah lain kepada penduduk setinggan setelah bersetuju berpindah.

NONEPenduduk berkenaan berasal dari setinggan Kampung DBI di Buntong dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Hak Asasai Manusia (HRP).

Menurut penyelaras PSM R Rani beberapa wakil setinggan telah menghantar puluhan memorandums dan surat kepada pejabat Menteri Besar tetapi diarahkan merujuk dari satu jabatan ke jabatan lain tanpa sebarang penyelesaian,

Katanya, kebanyakan mereka adalah bekas pekerja Majlis Bandaraya Ipoh yang berpendapatan rendah dan membina rumah mereka berhampiran kuarter kerajaan di Kampung DBI.

“Mereka telah merayu untuk dapatkan plot kecil tanah selama 14 tahun dan setiap Menteri Besar telah berjanji untuk menyelesaikan masalah mereka.

“Menteri Besar ini (Zambry) telah beri jaminan bahawa semua kawasan setinggan dan masalah perumahan di Perak akan diselesaikan… dan semua setinggan yang tinggal di kawasan mereka lebih 10 tahun akan diberikan hak tanah secara automatik,” katanya.

=Polis bertindak menahan penunjuk perasaan ini apabila arahan supaya bersurai dari lokasi berkenaan tidak diendahkan.

Beberapa aktivis, termasuk ketua HRP Perak A Ramesh mendakwa dikasari dan dipukul oleh polis sebelum ditangkap.

Ketua Polis Ipoh ACP Azisman Alias berkata bantahan itu adalah “perhimpunan haram” mengikut Seksyen 27, Akta Polis.

No comments: