Tuesday, April 12, 2011

Siapa menantu bekas PM yang bayar wang kepada Raja Petra?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhurCxIlwhPiFk3BNcJ6AZZAAHf98Eb8YZhYxrHQyRvzBRc-0hz4oi-n_P7rf2s_ry2iotDcY2qrJEV_DN0TQFaAnGEmQWFiB5Y1hSEpe5URuk1vmsW9FlSUQYsmIFAJjou09fivizH-0iq/s400/Khairy+Jamaluddin+06.jpg
Adakah ini orangnya ?

Usahawan Deepak Jaikishan hari ini muncul lagi dengan satu dakwaan terbaru – beliau pernah membayar wang kepada penulis blog popular Raja Petra Kamaruddin untuk menarik balik satu tulisan di laman Malaysia Today.

Deepak berkata, beliau telah membayar RM50,000 dan turut memberi satu komputer riba kepada Raja Petra sebagai dorongan untuk menarik balik tulisan berkenaan.

"Saya boleh buktikannya," kata Deepak yang menjelaskan, beliau membayar wang itu secara tunai kepada Raja Petra dalam satu pertemuan dengan penulis blog itu di Subang Jaya kira-kira tiga tahun lalu.

Tulisan berkenaan yang antara lainnya mengaitkan beliau dengan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor telah dikeluarkan sehari selepas pertemuan tersebut, kata Deepak lagi.

Katanya lagi, beliau "terkejut" apabila mendapat tahu mengenai penyiaran tulisan berkenaan dan membuat keputusan untuk bertemu Raja Petra bagi meminta penulis blog itu mengeluarkan artikel tersebut.

Tambahnya lagi, beliau bertindak demikiam kerana tidak mahu perkara mengenai dirinya disiarkan dalam blog Raja Petra yang disifatkannya sebagai "pelacur web."

Beliau juga tidak mahu "serangan peribadi" oleh Raja Petra ke atasnya itu menjejaskan reputasi diri dan perniagaannya.

Deepak berkata, tindakan Raja Petra itu tidak lebih daripada satu pemerasan untuk mendapatkan wang daripada individu yang dinamakan dalam laman blog tersebut.

"RPK telah berubah daripada seorang penulis blog nasionalis menjadi seorang pemeras ugut yang menggunakan Internet bagi mengutip wang dan komputer riba daripada orang yang menakutinya.

"Saya juga salah seorang daripada mangsa (Raja Petra)," katanya dan menambah, beliau juga mengetahui bahawa dua lagi individu telah membayar wang kepada Raja Petra supaya tulisan berkaitan mereka dikeluarkan daripada Malaysia Today.

Deepak berkata, seorang daripada individu berkenaan merupakan menantu kepada seorang bekas perdana menteri yang didakwa telah membayar sejumlah wang yang besar kepada Raja Petra.

Seorang lagi yang disebut oleh Deepak ialah seorang lelaki yang merupakan kawan baiknya. Keluarga lelaki tersebut juga telah membayar wang kepada Raja Petra, kata Deepak lagi.

Tambahnya, beliau juga bercadang untuk membuat laporan polis ke atas Raja Petra dan mengambil tindakan undang-undang ke atas penulis blog tersebut atas dakwaan fitnah yang dilemparkan ke atasnya.

Tindakan undang-undang itu mungkin akan difailkan di London atau di Australia memandangkan penulis blog itu tidak berada di dalam negara.

"Saya sedang berbincang dengan peguam. Kalau saya tidak dapat bankrapkan dia, nama saya bukan Deepak.

"Jika saya salah, dia boleh saman saya," kata Deepak lagi.

2 comments:

Anonymous said...

memalukan! cakap bergegar2, terima laptop...

Harus Sana Sini said...

Apa salahnya, bukan RPK UGUT atau MINTA. RPK tulis yang benar. Menulis itu kerja dia. Tiada sebab nak malu,kalau ya pun.

Orang yang kata dia bagi bising apa hal pula? Mana pula dia tahu ada orang lain bagi? Yang bercakap tu DEEPAK ! kena kenallah. Tengok nama,
tengok hidung dan tengok bulunya....kah... kah...kah Entah betul atau tidak. Suasat dulu jangan mudah nak komen orang! Oooi
kawan pengomen di atas!!!