Tuesday, April 12, 2011

Siapa tak kenal Dr Ramlah Adam 'kangkung' sejak zaman Dr. Mahathir

Buku sejarah: Pemimpin Perkasa ‘canggah’ pendirian, kata pakar

KUALA LUMPUR, 12 April – Pakar sejarah Dr Ranjit Singh Malhi menyifatkan kenyataan Datin Paduka Professor Dr Ramlah Adam bercanggah dengan dirinya sendiri apabila mengatakan buku teks sejarah sudah “seimbang” dan menafikan sumbangan orang bukan Melayu ke atas sejarah negara.
Ranjit juga mendakwa ahli jawatankuasa tertinggi Perkasa itu telah “silap” apabila mengatakan beliau dibayar untuk “memeriksa sukatan pelajaran” sambil berkata, beliau dilantik sebagai pakar rujuk untuk menentukan ketepatan fakta buku-buku teks sejarah.

“Dr. Ramlah Adam membuat satu kenyataan yang bercanggah dengan dirinya sendiri. Dari satu segi, beliau kata ‘sukatan pelajaran sejarah seimbang’ dan ‘tidak ada kesalahan’ dengan sukatan pelajaran sejarah semasa untuk sekolah menengah. “Beliau kemudiannya menyangkal dirinya dengan mengakui sukatan pelajaran Tingkatan 4 telah meletakkan banyak penekanan terhadap tamadun Islam dan kerajaan berusaha untuk memperbaharuinya.

Profesor terpelajar sepatutnya penuhkan ilmu dan tidak bercakap perkara berbelit-belit,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun Ramlah sebelum ini berkata, kandungan semasa dalam buku teks sejarah sekolah menengah adalah tepat.
Beliau juga mengaku sukatan pelajaran sejarah Tingkatan 4 meletakkan penekanan terhadap tamadun Islam dan kerajaan berusaha untuk memperbaharui modul yang digunakan itu.
Beliau juga berkata kerajaan hanya akan memasukkkan nilai-nilai “positif” dan mengelakkan nilai sejarah yang negatif seperti peristiwa 13 Mei 1969.
Ranjit menegaskan, beliau tidak terlibat dalam memeriksa sukatan pelajaran sejarah semasa dan menuntut pemimpin Perkasa itu meminta maaf kerana membuat satu “tuduhan palsu” terhadap beliau atau memberikan bukti beliau terlibat.
“Saya ingin tegaskan di sini saya tidak terlibat dalam memeriksa sukatan dan mempengaruhi subjek Sejarah.
“Saya juga ingin katakan dalam surat saya bertarikh 3 September 2002 kepada Kementerian Pelajaran, saya secara sukarela ‘menyemak buku-buku teks sejarah’ tanpa apa-apa bayaran. Kementerian Pelajaran hanya memberikan saya bayaran sagu hati sahaja,” katanya.
Ramlah juga berkata Ranjit dan Tan Sri Profesor Dr Khoo Kay Kim telah meneliti modul sejarah dan tiada bantahan dibuat serta mendapat bayaran daripada kerajaan.
Bercakap dengan lebih lanjut, Ranjit membalas tuduhan Ramlah yang merendahkan sumbangan orang bukan Melayu dalam sejarah Malaysia dengan merujuk kepada sumbangan Yap Ah Loy.
Ramlah, yang juga pengarang bagi buku teks sejarah Tingkatan 3 kelmarin berkata orang bukan Melayu yang datang ke Malaysia hanya untuk menjadi “pelabur atau buruh (kuli).”
“Jangan buat silap mengenainya. Banyak bandar raya dan bandar-bandar utama membangunkan dan berjaya disebabkan kerja keras dan titik peluh orang bukan Melayu. Satu contoh klasik ialah Kuala Lumpur,” kata Ranjit.
Pakar sejarah itu berkata walaupun Yap bukan pengasas Kuala Lumpur, namun dia “bertanggungjawab terutamanya” untuk membangunkan semula Kuala Lumpur selepas Perang Saudara Selangor.
“Menurut J. Kennedy dalam buku beliau (A History of Malaya), ‘sehingga kedatangan British ke Kuala Lumpur pada 1880, Ah Loy adalah individu yang berpengaruh di bandar itu’. Dia selanjutnya menyatakan Yap Ah Loy itu “ ... adakah ada sesiapa mewujudkan bandar raya kecil yang ditakdirkan menjadi ibu negara Malaya’.
“Pandangan Kennedy juga dikongsi sejarawan-sejarawan lain. Menurut Margaret Shennan, ‘Kuala Lumpur ialah sebuah lagi bandar dicipta oleh pengusaha Cina’. Dalam perkataan J. M. Gullick, ‘jatuh pada 1879, Yap adalah Mr Kuala Lumpur’. Menurut B.W. Andaya dan L.Y. Andaya, Kuala Lumpur pada 1891 penduduk seramai 43,786 dengan 79 peratus adalah Cina,” kata Ranjit yang merujuk kepada sejarah untuk menguatkan hujahnya.
Ranjit berkata beliau telah menghantar satu salinan ucapanya semasa perbincangan yang dianjurkan Persatuan Guru Katolik, Sabtu lalu ke pejabat Ketua Pengarah Pelajaran.
Beliau juga menggesa “pakar sejarah terkenal” untuk tampil bercakap bagi memastikan buku-buku sejarah bukan hanya tepat tapi mencapai objektif serta seimbang.

4 comments:

Anonymous said...

Para pembaca budiman,

Bukan Ramlah Adam sahaja yang "kankung", hampir ke semua para profesor Melayu di M'sia adalah "kankung". Kita tidak boleh salahkan mereka sebab ini adalah dasar UMNO dan Mahathir yang memilih "kankung" untuk membina pemikiran orang2 melayu.

Pada zaman 70an dan 80an, para cerdik pandai Melayu tergolong kepada 3 jenis iaitu yang memang ada otak dan betul2 pandai. Jenis otak class pertama ini akan bekerja di luar negara dgn syarikat antarabangsa. Mereka tdk suka dgn cara politik perkauman, rasuah, dan penyalah-gunaan kuasa orang-orang Melayu. Otak jenis ke-2 pandai pula akan bekerja dgn syarikat2 besar di Malaysia seperti Sime Darby, Petronas, dsbnya.

Sementara Otak jenis ke-3 (yg lulus SPM/MCE cukup2 makan utk masuk U) ialah mereka yg tidak dpt pergi kemana-mana, langsung memohon bekerja jadi cikgu, ustaz, pensyarah, dan pegawai goment. Mereka ini kebanyakannya adalah "cut & paste" mentality, hanya ikut cakap orang saja, tapi tdk pandai berfikir sendiri. mereka ini adalah golongan yg boleh dibeli, yang boleh boleh ditolak ketengah dan ketepi, yg tidak ada pendirian, dan hanya mementingkan diri sendiri sahaja.

Jadi jgnlah marah sgt kpd Ramlah Adam ni, itu sahaja yg mampu difikirnya.

yatto said...

bro, jgn poyo sgt lah. masyarakat kelas ketiga yg ko claim tu lah yg jd cikgu ko. jadi ko ni hasil ajaran masyarakat kelas ketiga la...patot la ko jd mcm ni..

Anonymous said...

Sebab tu aku nak kata PAS ni bodoh kadang-kadang , segala benda yang boleh digunakan untuk menentang UMNO akan disiarkan konon nak tunjuk kata UMNO ni jahat la, oi kalau kau orang nak tahu, si dr ranjit singh malhi ni pejuang bukan melayu, mereka semua nak mencabar sejarah orang melayu nak mencabar hak pemilikan orang Melayu- Islam ke atas negara ni, malah angkara orang seperti Dr ranjit singh ni la, orang cina dan india dok mula mendakwa kata mereka lah penduduk asal tanah melayu. Bangsa lain defensive gila kalau ada orang hina bangsa depa sekali pun orang mereka yang membuat salah, tapi orang melayu Islam kita pulak dok bagi boal tanggung untuk mereka menikam kita balik!!!!

Anonymous said...

kalau gitu nape umno guna ranjit tulis buku sejarah ting 6.