Wednesday, June 22, 2011

Bazar Tok Guru : Pengerusi Persatuan Peniaga mohon maaf kepada kerajaan negeri

http://dikelantan.com/wp-content/uploads/2010/12/DSC01638-1024x768.jpgKOTA BHARU, 23 Jun: “Saya bagi pihak Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB memohon maaf kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang mana silap laku saya itu saya mohon maaf,” demikian pengakuan mohon maaf secara terbuka Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Abdul Salim Ahmad.

Berucap pada sidang media sempena Majlis Pengundian Bazar Tok Guru oleh pada peniaga Majlis Perbandaranan Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di Dewan Jubli Perak MPKB di sini semalam, Salim mendakwa sekiranya beliau telah bertindak kasar dan agresif sebelum ini, maka itu adalah sebagai tuntutan daripada ahli persatuannya.

Sehubungan itu beliau menyeru kepada ahli persatuan serta para peniaga umumnya agar berprasangka baik dengan pihak kerajaan negeri.

Beliau berharap selepas ini, pihak persatuan dan para peniaga berbaik-baik dengan pihak kerajaan negeri dan para pegawainya.

“Berbaik-baik dan jangan salah sangka kepada pimpinan kerajaan negeri dan para pegawainya yang telah banyak membantu kita khususnya dalam segi pemilihan lot-lot gerai di Bazar Tok Guru.

“Kini ada jalan penyelesaian, dan kita pun jemu dah dengan keadaan semasa, berarak sana, berarak sini. Saya sebagai pengerusi persatuan, maka setakat inilah perjuangan saya bersama ahli-ahli saya.

“Saya terimalah mandat kerajaan negeri, dan kita tidak akan bincang (memanjangkan) lagi cerita kita ini,” katanya sambil menyifatkan keputusan pihak kerajaan negeri yang meluluskan dibuang sebanyak 26 gerai dengan nilaian lebih RM2 juta sebagai ‘kebajikan laluan’ di bazar itu adalah sebagai pengorbanan kepada para peniaga berkenaan.

“Ini bermakna, tidak terkiralah pengorbanan kerajaan negeri kepada peniaga-peniaga kita, alhamdulillah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Sanusi Osman dalam satu kenyataan media berkata, seramai 230 peniaga telah diundang hari ini (22 Jun 2011) bagi menjalani proses pengundian petak perniagaan di tingkat bawah Bazar Tok Guru di Jalan Sultan Ibrahim di sini.

Sementara proses menandatangani perjanjian jual beli akan diselesaikan selewat-lewatnya pada 28 Jun ini dan serahan milikan kosong akan dilaksanakan sebelum 1 Julai.

“Seramai 326 peniaga dijangka dapat memulakan perniagaan di Bazar Tok Guru pada 1 Julai 2011,” katanya.

5 comments:

padi said...

ceh.. masa depa demo ramai2 dalam berita tv tu bukan main.. semua media tv mai rakam cerita depa berdemo.. la ni bila mintak maaf diam2 ja. awat tak panggil media tu mai rakam hang mintak maaf.. tak guna betoi mamat ni.. saja nak main politik.. sakit hati aku masa tengok depa dalam berita tv dulu..

joe penang said...

Yup. Berapa byk dah damage depa buat. Masuk tv3 suku lg. Panggil la tv3 suku balik. buat kenyataan maaf. Barulah adil...

Anonymous said...

mu nok bising2 ni,mu tahu cerita sebenar ko..diorng buat mcm 2 sebab rs tertindas,tertipu..nak setel cr baik kerajaan negeri tk layan,so media la jalan terakhir..nk salahkn diorng pn tk blh coz mrk prjuangkn hak mrk..tk kn atas batang hidung kita mmng sedap la kata,cuba kn kt kita cmne..Syukur akhrnya semua dh setel..

Anonymous said...

syukurlah sebab penipuan UMNO gagal akhirnya. setelah pelbagai hasutan sehingga ada yang termakan hasutan fitnah UMNO

Pak Mat said...

Wooiiii 02.27, Butoh Pak hang,jalan terakhir hang panggil media tv3 suku dengan rtm(rehat tidoq,makan menketedarah)nak selesai masalah awat masalah hang selesaikan ka dengan paggil depa. hampa maki kutuk dan hina kerajaan negeri lpas tu mai nak mintak mahap awat tak panggil tv3suku sama...