Saturday, June 4, 2011

Zaman BN rampas tanah rakyat beri kepada kroni, zaman PR rampas tanah kroni beri kepada rakyat


KERAJAAN NEGERI AKAN RAMPAS TANAH DI PJS1

Kerajaan Negeri telah mengeluarkan arahan untuk merampas tanah seluas 11 ekar di PJS1 bagi memastikan rumah mampu milik dan sekolah dapat dibina di tanah tersebut.

Setiausaha kerajaan Negeri telah keluarkan arahan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Petaling untuk keluarkan Notis 7A mengikut Seksyen 128 Kanun Tanah Negara kepada pemilik-pemilik tanah itu:
Lee Man Construction Company Sdn Bhd dan Kembar Empat Sdn Bhd.

Mengikut rekod, tanah itu telah diberi kerajaan negeri pada tahun 80-an kepada dua syarikat berkenaan dengan harga RM100 seekar untuk tujuan pembangunan bagi menyelesaikan masalah setinggan di kawasan tersebut.


Kerajaan Negeri juga diberitahu bahawa Syarikat Peter Brickworks Sdn Bhd telah dipilih oleh Bank Negara Malaysia untuk memajukan tanah tersebut.

Kerajaan Negeri kesal kerana pemilik tanah telah gagal menyokong kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian menyeluruh untuk menyediakan rumah mampu milik walaupun mereka telah mendapat ganjaran yang tinggi melalui pemilikan tanah.


Kerajaan negeri juga akan berbincang dengan Bank Negara bagi mendapatkan penjelasan berhubung pemilihan pemaju-pemaju seperti ini.

“Kita risau pemaju sebegini yang kurang bekerjasama untuk kepentingan rakyat. Sebab itu kita mahu berbincang dengan Bank Negara tentang kualiti pemilihan pemaju,” kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR



Berkaitan :


Rumah panjang dirobohkan, S'gor rampas tanah PJS1

Kurang sehari selepas rundingan dengan kerajaan negeri Selangor, pemaju Peter's Brickworks Sdn Bhd semalam menyerbu kawasan PJS1 dan memusnahkan dua rumah panjang yang dihuni oleh tiga keluarga.

NONEPemaju yang dilengkapi dua jentolak dan diiringi sekumpulan polis tiba pada jam 2.30 petang semalam dan terus mengarahkan penduduk supaya mengosongkan rumah mereka dengan segera.

Di sebalik rintihan dan rayuan penduduk, pemaju dengan disaksikan pihak polis terus merobohkan rumah pertama yang dihuni oleh sebuah keluarga golongan kurang upaya pada kam 4 petang.

Hujan lebat juga gagal menghalang pihak pemaju bertindak meranapkan rumah kedua sejam kemudian.

hindraf probed by police 141008 latheefa koyaPenduduk hanya diberikan secukup masa untuk mengeluarkan barangan mereka sementara pekerja pemaju itu terus memusnahkan tingkap rumah mereka.

Kerja-kerja meroboh sebelum ini berjaya ditangguhkan selepas ahli majlis MBPJ Latheefa Koya campur tangan dengan mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi.

Perintah penangguhan itu bagi membolehkan kerajaan negeri Selangor berunding dengan pemaju dan MBPJ merundingkan beberapa permintaan bagi pihak penduduk.

Permintaan itu termasuk melupuskan sewa PPR di mana penduduk akan bepindaah serta faedah bank ditangguhkan sehingga unit rumah mereka siap.

Namun, sehingga insiden merobohkan rumah itu semalam, penduduk berkata mereka tidak menerima sebarang surat berhubung rayuan mereka, mahupun unit PPR yang dijanjikan itu.

NONE“Kami tidak diberi apa-apa. Malah, kami tak tahu mahu ke mana selepas ini,” kata Mahalingam Veeriah, penduduk yang kurang upaya.

Seorang lagi penduk Pusparani Balakrishnan berkata mereka hanya meminta Peter's Brickworks untuk menangguhkan kerja-kerja meroboh hingga Isnin ini bagi membolehkan mereka memindahkan barangan mereka.

“Tetapi, mereka serbu rumah kami denjgan sekumpulan kongsi gelap dan secara paksa menghalau kami keluar,” katanya sambil menambah keluarganya turut diugut.Sementara itu, dalam reaksi berhubung kejadian berkenaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya telah mengeluarkan arahan untuk merampas tanah seluas 11 ekar di PJS1 bagi memastikan rumah mampu milik dan sekolah dapat dibina di tanah berkenaan.

NONEKhalid berkata setiausaha kerajaan negeri telah diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Petaling bagi mengeluarkan notis 7A mengikut Seksyen 128 Kanun Tanah Negara kepada pemilik-pemilik tanah itu: Lee Man Construction Company Sdn Bhd dan Kembar Empat Sdn Bhd.

“Kerajaan Negeri kesal kerana pemilik tanah telah gagal menyokong kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian menyeluruh untuk menyediakan rumah mampu milik walaupun mereka telah mendapat ganjaran yang tinggi melalui pemilikan tanah.

“Mengikut rekod, tanah itu telah diberi kerajaan negeri pada tahun 80-an kepada dua syarikat berkenaan dengan harga RM100 seekar untuk tujuan pembangunan bagi menyelesaikan masalah setinggan di kawasan tersebut,” kata Khalid dalam satu kenyataan akhbar lewat petang semalam.

NONEMenurut beliau, kerajaan Selangor akan juga berbincang dengan Bank Negara bagi mendapatkan penjelasan berhubung pemilihan pemaju-pemaju yang gagal membina rumah mampu milik kepada rakyat setelah diberikan tanah.

Tanah di PJS1 itu telah diberikan kepada Syarikat Peter Brickworks Sdn Bhd telah dipilih oleh Bank Negara Malaysia untuk dimajukan.

“Kita risau pemaju sebegini yang kurang bekerjasama untuk kepentingan rakyat. Sebab itu kita mahu berbincang dengan Bank Negara tentang kualiti pemilihan pemaju,” kata Khalid.

No comments: