Tuesday, July 5, 2011

BN pengecut, Mazlan Aliman dilarang masuk Sarawak



SHAH ALAM 6 JULAI : Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mazlan Aliman menjadi pemimpin pembangkang terbaru yang dilarang memasuki sarawak oleh Ketua Menteri negeri itu Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat ditahan oleh pihak imigresen di Lapangan Terbang Miri sejurus tiba dari Kota Kinabalu.
Beliau kemudian diberitahu bahawa pejabat Ketua Menteri Sarawak telah mengeluarkan notis, melarangnya daripada memasuki negeri itu.
Bagaimanapun pegawai Imigresen berkenaan tidak memberi sebarang alasan kenapa larangan itu dikuatkuasakan.
"Saya telah minta penjelasan dari pegawai Imegresen bertugas, mereka tidak menyatakan apa-apa alasan kepada saya cuma mereka mengeluarkan satu notis, notis penolakan untuk memasuki negeri itu dan itu adalah arahan dari pejabat Ketua Menteri Sarawak," kata Mazlan kepada TvSelangor.
Mazlan berkata beliau ke Sarawak dalam rangka lawatan dua hari untuk memberi penerangan mengenai isu-isu tanah adat di Sarawak.
Mazlan adalah Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat. Beliau juga adalah Pengerusi Persatuan anak Peneroka Felda Kebangsaan.
Beliau percaya larangan memasuki Sarawak ada kaitannya dengan isu tanah yang melanda rakyat marhaen dinegeri itu.
"Saya berkeyakinan penahan saya mungkin ada kaitannya dengan isu tanah yang kami perjuangkan selama ini."
Terkesan dengan tindakan itu, Mazlan menzahirkan rasa dukacita apabila hak sebagai warganegara untuk bergerak didalam negara dinafikan dengan alasan yang tidak jelas.
"Saya sangat dukacita dengan kejadian ini dimana saya tidak dimaklumkan sebab kenapa saya ditahan dan ini adalah satu tindakan anti demokratik, dan jelas ini hak saya sebagai seorang warganegara, jadi apabila saya ditahan, mereka telah menafikan hak saya," katanya.
Mazlan berkata beliau akan membuat laporan polis bersabit tindakan Abdul Taib itu sekembalinya ke Semenanjung Malaysia.
Selain Mazlan, beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis lain turut dilarang memasuki Sarawak.
Antara mereka adalah Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga Sreenevasan dan Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah.

No comments: