Friday, July 15, 2011

Jawapan kepada tulisan pencacai UMNO yang pengotor



Tulisan merah/italic adalah jawapan saya.

BERSIH YANG KOTOR
- Tajuk artikel daripada seorang pengotor!!

ISU BERSIH telah disensasi dan diputarbelitkan secara maximum oleh puak pembangkang untuk meraih simpati dan menjuarai kepentingan politik mereka. Saya puji sikap penyokong fanatik di kedua-dua belah pihak yang sanggup ke jalan2 raya untuk berdemonstrasi. Begitu juga dengan para pelajar Malaysia dan orang awam di negara-negara tertentu yang konon turut menyokong penganjuran BERSIH.

Siapa yang sensasi ngok!! TV dan media arahan Najiblah ngok! Sanggup dijalan raya tanpa sebarang bayaran tak macam petroit terpaksa import bangla. itu baju di beri percuma.

Namun saya lebih bersetuju jika apa juga masalah politik negara yang timbul ia di selesaikan secara berhemah dan mengikut lunas undang-undang. Tak mengapa jika puak-puak tertentu nak buat bising dan buat kacau di jalan-jalan raya tetapi jangan sampai menjejaskan keamanan dengan sengaja memburukkan imej negara sendiri dan menjejaskan pendapatan dan matapencarian orang lain.

Lunas undang-undang, siapa yang cabul undang sehingga harta rakyat macam harta mak bapak dia orang?

Saya lebih bersetuju jika politikus lebih rasional dengan membawa perkara yang berbangkit ini ke sidang Parlimen kerana disitulah sebenarnya tempat yang lebih sesuai dan afdal untuk meminda apa juga undang-undang negara dan peraturan yang sedia ada yang melibatkan proses pilihanraya dan sistem demokrasi berparlimen.

Dalam parlimen siapa yang guna polis, menarik speaker macam sarkas? Ngok engkau tonton tak sidang. Lihat bagai bodohnya MP Kerajaan dalam berhujah? Kalau tak boleh hujah gantung ahli parlimen itu adalah lebih rasional?

Perlu diingatkan walau apapun sistem yang kita mahu ia mestlahi mengikut selera dan acuan negara kita sendiri, bukan mengikut sistem dan telunjuk Uncle Sam, Britton , Australia mahupun Israel . Politikus pula perlu matang dan waras berbincang tentang isu ini dan menyelesaikannya secara musyawarah bukan membawa politik kepartaian yang sempit di jalanan.

Undang-undang Malaysia ikut siapa. Ikut agama bapak engkau ke atau bapak penjajah? Bodoh betul engkau ni? Mana acuan kita sendiri?

Rakyat Malaysia bukan bodoh... Kemenangan pembangkang pada PRU12 adalah satu kebetulan dan kesilapan kerana ia terjadi out of confusion and frustration of the rakyat, ia bukan satu phenomena yang harus kekal begitu. Saya percaya the silence majority akan lebih teruja untuk mengundi Barisan Nasional pada PRU13 berbanding pakatan haram DAP, PAS dan PKR yang dilihat semakin kehilangan arah tuju dalam perjuangan selain gelojoh nak berkuasa at all cost di Putrajaya.

Rakyat undi BN cerdik? Undi pembangkang bodoh. Itu analisis engkau ke Ngok. Rakyat bukan bodoh rasuah dan ugutan sekarang tak boleh digunakan lagi. Dulu engakau bolehlah rasuah rakyat. UMNO/BN boleh bodohkan rakyat di kampung dan felda tapi sekarang rakyat telah cerdik.

Ekonomi negara menurut BNM kini semakin pulih dan Najib pula semakin meningkat populariti beliau dengan Gagasan 1Malaysia dan proses transformasi politik dan ekonomi. Beliau kini telah diterima oleh rakyat jelata dengan baik brbanding 3 tahun yang lalu. Hakikat ini sangat menakutkan ANWAR IBRAHIM kerana beliau is running short of time, tambahan terpaksa bergelut dengan isu moral dan kes liwat yang masih tertangguh di mahkamah..

Indek mana engkau pakai ni? Nak sedapkan diri. Setakat paksa pegawai kerajaan hadir, setakat bual poll sendiri memanglah syok sendiri. Engkau kaji semua FB yang anti Najib tak sampai 10 minit sahaja boleh lebih 1000 orang unkike Njib. Ngok jangan syok sendirilah!!

Pengikut totok pembangkang mungkin terpaksa menelan semua hujahan dan air liur Anwar dan Ambiga tetapi rakyat lebih tahu siapa yang akan mereka pilih. Memilih Anwar dan pembangkang bererti membenarkan ketidakstabilan politik dan kehancuran kepada superstruktur ekonomi negara.

Engkau ingat pembangkang tu Anwar dan Ambiga sahaja ke Ngok, PAS ada, DAP ada NGO ada. Gerakan Jamaah-jamaah Islam ada semua tak suka UMNO yang khianat bangsa dan agama. Sedar dirilah ngok! Tak ada dakyah lain ke, asyik-asyik hancur ekonomi sedangkan ekonomi dah teruk zaman Najib 1 Malaysia iini.

Atas apa pun alasan bodoh yang DAP, PKR dan PAS perjuang dan berikan, kuasa bukanlah matlamat terakhir yang sepatutnya diperjuangkan. Katahuilah bahawa jika ANWAR berkuasa dan jadi PM sekalipun, masalah rakyat seperti masalah kenaikan harga barang dan rasuah masih tetap seperti itu juga.

Bukti lah ngok. Itu modal lama, modal nak bodohkan rakyat tanpa ulasan. Lihat Kelantan dulu engkau kata tak boleh bangkrap tak lebih 3 bulan selepas tu kata tak sampai 1 tahun. Sekarang engkau lihat 20 tahun. Itu aku kata UMNO ini bodoh pandai cakap tapi tak ada apa-apa asas dan kajian. Cakap bodoh!!

Yang lebih penting dan mendesak sebenarnya ialah perpaduan dan integrasi nasional, keselamatan dan kestabilan politik dalam kontek untuk merealisasikan sepenuhnya PROTOKOL MELAYU.dan Islam di Malaysia. (Log on www.umno-pas-pkr.blogspot.com)

Perpaduan sebenar al Quran telah ajar, tak tahulah engkau ini Islam atau tidak. Tak percaya kepada Islam Tapi ada status Haji, entah-entah sebelum balik haji engkau lawat kubur firaun!! Ada roh firaun telah merasi dalam jiwa dan raga engkau.


Haji Naseron Ismail
Pegawai Penerangan UMNO
@ Biro Publisiti & Penerangan BN
Setiausaha
Gabungan NGO-NGO Melayu Islam.


http://penorehgetah.blogspot.com

1 comment:

Anonymous said...

Haji Naseron Ismail: slogan dulu kini dan selamanya pun sudah mengikari hukum alam. tiada yg kekal nya dlm dunia ni.. cayalah jika malaysia masih ditadbirkan oleh umporno maka malaysia tidak akan menjadi negara maju saperti diimpikan oleh rakyat.. terlalu byk rasuah dan penyelewingan dan awam dilakukan oleh pemimpin umporno..... menghalalkan cara walaupun bertentangan dgn hukum islam. cthnya video sex namun ulama umporno membisu demi periok nasi... haprak betul melayu umporno... sunggoh menjijikan...