Thursday, July 7, 2011

Najib kena tunai janji


KUALA LUMPUR 7 JULAI : Penganjur BERSIH 2.0 hari ini menggesa Perdana Menteri supaya campurtangan untuk meluluskan permohonan mengadakan perhimpunan aman itu di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur Sabtu ini.

Dalam satu kenyataan, Bersih menegaskan bantuan Perdana Menteri diperlukan selaras dengan janji beliau untuk membenarkan perhimpunan aman berkenaan diadakan di sebuah stadium.

Bersih memilih Stadium Merdeka kerana kedudukannya yang stratejik akan memudahkan rakyat untuk menyertai perhimpunan aman itu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan dan ahli jawatakuasanya menemui Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di Bukit Aman petang tadi,

“Bersih 2.0 menggesa Perdana Menteri Najib Razak untuk campurtangan dan member arahan kepada pengurusan Stadium Merdeka untuk mengeluarkan surat kelulusan kepada kami untuk menggunakan stadium itu,’ kata kenyataan itu.

Ambiga berkata pihaknya mencapai persetujuan dengan pihak polis untuk memohon kepada pengurusan Stadium Merdeka sekali lagi bagi menempah stadium berkenaan setelah ditolak semalam.

Sekirannya permohonan itu diluluskan, pihak Bersih akan memohon permit polis atas nama salah satu pertubuhan bukan kerajaan yang menganggotai gabungan itu, tambah kenyataan itu.

Sebelum itu, Ismail memberitahu pemberita bahawa pihaknya tidak akan membenarkan perhimpunan aman itu berlangsung di Kuala Lumpur di atas alasan ia akan menimbulkan gangguan.

Ahli Jawantakuasa Bersih Dr Subramaniam Pillay menegaskan pihaknya tidak akan mengubah keputusan untuk mengadakan perhimpunan itu di Stadium Merdeka.

"Kami telah memilih stadium, dan mereka pula tidak mengotakan janji mereka, Jadi oleh kerana itu malam tadi kami bermesyuarat sampai ke pukul 11 malam dan kami telah putuskan bahawa kami akan berkumpul di Stadium Merdeka,” kata beliau.

“Pintu (stadium) buka atau tutup, kami tetap akan berkumpul di situ dan keputusan ini tidak akan berubah," tambah beliau.
Subramaniam kesa dengan tindakan kerajaan dan polis yang mungkir janji dalam keghairahan untuk mengekang perhimpunan aman itu.

“Kami telah melaksanakan tindakan secara bertolak ansur, tetapi mereka (kerajaan dan polis) pula tidak ikut janji mereka, Kita telah janji kepada rakyat untuk berkumpul tetapi tidak berarak di jalan, jadi kami akan ikut janji itu" kata beliau.

Polis Kuala Lumpur hari ini memperolehi perintah mahkamah untuk melarang Ambiga dan 88 individu lain termasuk pemimpin-pemimpin parti pembangkang daripada hadir di beberapa kawasan di Kuala Lumpur Sabtu ini.

No comments: