Wednesday, July 20, 2011

PANAS!! Shafee mula gelabah pendedahan Raja Petra. Mengapa?


Sehingga artikel ini ditulis, Raja Petra Kamaruddin telah mengemukakan tujuh (7) hujah bersabit dengan kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamaed.

Akan tetapi mengapa peguam SPRM, Shafee Abdullah beriya-iya menyerang peribadi Raja Petra dengan mengatakan pendedahannya sebagai mengarut, sudah tiada kredibiliti dan ditolak pembangkang?


Menurut salah seorang pegawai SPRM yang mendengar perbualan Shafee dan pasukan siasatan SPRM sendiri menyebut, sekiranya pendedahan berterusan Raja Petra yang kini berada di Manchester, United Kingdom, tidak dihentikan, ini bermakna segala bukti dan keterangan saksi yang tampil dalam inkues kematian Sarbani hanyalah mengikut "skrip" yang telah disediakan oleh Shafee sendiri!


Dengan anggapan bahawa Shafee percaya Raja Petra memperolehi sumber "dalaman" dari Kastam dan SPRM sendiri, sudah tentu Raja Petra akan menyerang habis-habisan segala kebusukan Umno-APCO yang tidak mahu kebenaran dalam isu kematian Sarbani diketahui umum, mirip isu kematian Teoh Beng Hock, juga di tangan SPRM!


Shafee sudah tidak dapat menentukan arah perjalanan mahkamah dengan "keterangan yang direka-reka" oleh "saksi yang telah dipanggil" terlebih dahulu" berikutan Raja Petra mempunyai "hampir semua bukti dan keterangan" yang tidak dimiliki Shafee, mahupun SPRM!


Dakwaan Shafee hanyalah satu bentuk "alihan perhatian" dan dalam masa yang sama "cuba melengahkan" inkues untuk mencari "bukti baru" di sebalik kebenaran yang diselongkar Raja Petra.


Tidak mustahil Shafee akan berdepan dengan satu lagi kesulitan besar andai segala rakaman, bukti dan saksi yang terakhir bersama Sarbani dikumpulkan dan dibawa kepada Suruhanjaya Diraja!


Kita ikuti apa pula helah Shafee untuk terus memutarbelit fakta seterusnya.


JALAN PULANG



Peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan editor portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, sebagai seorang yang “bercakap merapu” sambil menegaskan dakwaan-dakwaan mengenai kematian Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed tidak benar.


Ini kerana menurut Datuk Seri Shafee Abdullah (gambar), sepanjang inkues setakat minggu lalu ramai saksi telah dipanggil memberi keterangan dan pakar forensik juga mengatakan Sarbaini, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia tidak membunuh diri atau dibunuh.


“Raja Petra cakap merapu, dalam inkues kita sudah panggil saksi dan pakar (forensik) juga tidak kata Sarbaini bunuh diri atau dibunuh.


“Saya percaya dakwaan ini tidak akan menjejaskan inkues, Raja Petra sudah jadi (bahan) sejarah dan selalu cakap merapu.


“Raja Petra sudah tidak ada modal (untuk bercakap), dia tiada kredibiliti, suka merepek dan sudah tidak diterima pembangkang,” katanya kepada The Malaysian Insider.


Tegas beliau, adalah mustahil untuk Sarbaini keluar dan berdiri di atas tingkap bilik pantri seperti mana yang didakwa Raja Petra.


“Tiada sesiapa boleh bertenggek atas tingkap atau berdiri, yang boleh hanya berdiri di luar tingkap dan ia kita dah tunjukkan (dalam lakon semula kejadian).


“Kalau Raja Petra boleh, saya minta dia buat (berdiri atas tingkap),” katanya.


Sehingga semalam, Raja Petra telah menulis tujuh entri dan yang terbaru dalam blognya mendakwa Penolong Penguasa SPRM Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad telah membawa Sarbaini ke pejabat Ketua Unit Siasatan SPRM Kuala Lumpur Mohd Fauzi Husin yang terletak di sebelah bilik pantri di aras tiga bangunan SPRM Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini.


“Di sana, Sarbaini telah ‘didera’ secara lisan (kerana mahu mengubah keterangan). Secara tiba-tiba mereka membawa Sarbaini ke bilik pantri dan telah menghukum Sarbaini dengan mengarahkan dia berdiri di atas kaki lima tingkap (bilik pantri).


“Mohd Fauzi juga mengatakan ‘orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain’, terkejut dengan itu Sarbaini memanjat tingkap dengan terus dihina Mohd Fauzi.


“Sheikh Niza hanya melihat sahaja, dan secara tiba-tiba tali pinggang Sarbini tersangkut di kaki lima tingkap, hilang pertimbangan dan jatuh lalu meninggal dunia,” dakwa beliau.


Ekoran pendedahan itu peguam keluarga Sarbaini, Awtar Singh memberitahu The Malaysian Insider semalam bahawa pihaknya akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat ekoran pendedahan terbaru itu.


Selain itu, jelas Awtar, pada inkues yang akan bersambung 2 Ogos ini, beliau akan meminta agar mahkamah koroner sekali lagi melawat tempat kejadian.

Mahkamah koroner yang diketuai Aizatul Akmal Maharani ada melawat tempat kejadian pada 5 Julai lalu.

Sarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela untuk menukar pengakuannya.


Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Aizatul Akmal sehingga 15 Julai lalu.


Pada 15 Julai lalu, DSP Sharul Othman Mansur berkata, Sarbaini tidak membunuh diri ataupun dibunuh.


Sharul Othman, yang merupakan pegawai forensik berkata penelitiannya di kawasan kejadian menunjukkan Sarbaini cuba untuk melompat ke arah gelanggang badminton tetapi terjatuh menyebabkan kematiannya.

No comments: