Friday, July 1, 2011

PAS minta polis bebas 6 remaja yang diupah berdemo di hadapan Pejabat PAS

TEMERLOH, 1 Julai: Enam remaja yang berdemonstrasi di hadapan bangunan pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang, dekat sini selepas solat Jumaat tadi, diberkas polis dan dibawa ke balai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.

Mereka sebahagian daripada kira-kira 20 orang yang berhimpun di jalan Dato’ Bahaman di sini yang dikatakan bertindak membantah perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Budak-budak lepasan sekolah itu memegang sepanduk “Kami NGO Temerloh bantah himpunan BERSIH” sambil memekik “Selamatkan Malaysia” dan berada kira-kira dua minit di depan pejabat PAS.

Mereka yang berasal dari kampung-kampung berdekatan itu kemudiannya bertempiaran lari dan menunggang motosikal masing-masing apabila diusir oleh anggota mata-mata termasuk polis wanita sementara enam orang daripadanya dimasukkan ke dalan van polis.

Sementara itu salah seorang peserta demo tersebut ketika ditanya, mengaku menerima wang upah antara RM20 hingga RM30 seorang daripada pihak tertentu.

Turut hadir memerhatikan gelagat mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamad, Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pahang, Ahmad Nizam Hamid, puluhan anggota Unit Amal serta ahli-ahli PAS yang turut berkumpul di depan pejabat PAS.

Sementara itu, Ahmad Nizam yang juga pengamal undang-undang meminta enam remaja yang ditahan polis itu dilepaskan segera kerana mereka mempunyai hak untuk berhimpun.

“Mereka mempunyai hak untuk berhimpun secara aman membantah sesuatu yang tidak disukai kerana ia termaktub dalam perlembagaan.

“Jadi kita harap pihak polis segera bebaskan mereka,” katanya.

3 comments:

Diyana said...

dasattt!! UMNO terdesak sampai nk upah budak lepasan sekolah...lawak sungguh....tadak penyokong sngt dh ke diorng ni sampai nk kene upah budak hingusan? harharhar...kalo tanya ape maksud NGOS kt kain rentang tu musti dapat jawapan yg mampu menggeletek anak tekak drpd bdk2 ni....

Anonymous said...

Nak tau makna NGOS tu ke?
N:Najib
GO:Gomol
S;Semah
jadi:Najib GOmol Semah....
hehehehehehehe

Anonymous said...

najib kata ahli umno ada 3 juta org, mana mereka pergi, memang dayus ahli2 umno ni...nak berdemo pun takut upah budak sekolah untuk lakukan. kesian kat bebudak ini. org bodoh itu makanan org cerdik, sebab itu umno mahukan org melayu bodoh.