Friday, July 1, 2011

PAS Parit Buntar dekati rakyat melalui karnival cakna

PARIT BUNTAR , 2 Julai : Buat pertama kalinya, penduduk di Sungai Betul Bawah dapat merasai pengalaman baru dengan penyertaan dalam Karnival Cakna Rakyat anjuran PAS Parit Buntar yang diadakan di perkarangan Surau Sungai Betul Bawah.

Setiausaha Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar Hairul Nizam Ishak berkata, Karnival Cakna Rakyat itu adalah kesinambungan kepada program PAS Parit Buntar untuk mendekati rakyat yang diadakan di beberapa tempat dalam kawasan Parlimen Parit Buntar.

“ Selain Karnival Cakna Rakyat, PAS Parit Buntar banyak mengadakan program mendekati rakyat seperti program ‘Kami Prihatin’, ‘Ziarah Rakyat’ dan ‘Hari Bersama Pelangan’.

“Ini adalah usaha kita untuk lebih dekat dengan rakyat dan mengetahui masalah mereka serta memberi mereka perkhidmatan secara terus bagi memudahkan rakyat” katanya

Menurutnya, pelbagai acara untuk pelbagai peringkat umur termasuk bagi golongan lelaki dewasa, wanita dan kanak- kanak yang dijalankan mendapat sambutan sangat menggalakkan dari penduduk setempat.

" Acara dimulai dengan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, kapal terbang laju, tiup belon dan isi air dalam botol.

" Manakala acara orang dewasa melibatkan boling kelapa, kupas epal dan baling belon air" katanya

Beliau berkata, khidmat kesihatan percuma yang ditawarkan menjadi tumpuan penduduk yang ingin mengetahui tahap kesihatan mereka.

“Pemeriksaan kesihatan yang dijalankan meliputi ujian tekanan darah, ujian glukosa,berat badan unggul dan kaunseling kesihatan.

“ Kita menekankan kepada menawarkan perkhidmatan seperti kesihatan kerana mementingkan tahap kesihatan penduduk “ katanya

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa serta pimpinan PAS Parit Buntar.

Sementara itu, Ketua PAS Cawangan Sungai Betul Bawah Abdul Razak Teridi berkata, penduduk dapat menggunakan medan seperti Karnival Cakna Rakyat untuk hadir serta menyertai acara yang diadakan.

“ PAS Parit Buntar mengadakan program hari ini khas untuk seluruh penduduk di sini, jadi kesempatan berkumpul pada hari ini telah digunakan sebaiknya oleh penduduk.

“ Kesibukan sering membataskan perhubungan yang lebih akrab, namun dengan program seperti Karnival Cakna Rakyat ternyata dapat dimanfaatkan penduduk untuk mengukuhkan hubungan yang sedia terbina”katanya

Beliau berkata, jika program ini dijadikan aktiviti tahunan PAS Parit Buntar pastinya lebih banyak manfaat yang bakal diperoleh penduduk.

“Tidak mustahil sekiranya program akan datang lebih hebat dan dimantapkan dengan pengisian yang banyak,” katanya.

“Program seperti ini pasti akan mendapat sambutan dari penduduk yang memberi komitmen dan meluangkan masa hadir bersama,” katanya



Kanak-kanak menunggu giliran menyertai acara


Seorang penduduk sedang mendapat khidmat kesihatan

No comments: