Friday, July 8, 2011

TERKINI : Rakyat ramai ditahan, namun semakin ramai rakyat yang masuk KL









SUHAKAM:

Malaysia Kini:

TERKINI:
11:10am: KLCC - Tiada bukti bahawa gas pemedih mata telah digunakan ke atas penunjuk perasaan di sini. Pengunjung kelihatan mundar-mandir seperti biasa.


11am:
Satu sumber Bukit Aman berkata lebih 100 orang telah ditangkap pagi ini setakat ini.

11am:
Stesen LRT Hang Tuah LRT kini ditutup kerana "sebab-sebab keselamatan".


1055am
: Stadium Merdeka - Polis menutup stesen monorail Maharajalela dan stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran Stadium Merdeka.

Perkhidmatan monorail masih diteruskan di stesen-stesen lain.

10.55am: Kira-kira seratus anggota polis sedang mengawal laluan ke Masjid Negara. Beberapa penyokong Pakatan Rakyat kelihatan sedang disoal.

10:43am:
Sogo - Tiga lagi lelaki, membawa beg galas, ditahan di sekitar kawasan tersebut.

Seorang daripadanya yang berbadan tegap dan berjanggut kelihatan memakai tag akhbar
Bernama.

10:25am: Masjid Jamek - Terdapat lebih banyak tangkapan di sekitar stesen LRT Masjid Jamek. Trak polis yang diletakkan di sebelah masjid Masjid Jamek mempunyai sekurang-kurangnya 16 orang di dalamnya.

10:23am: Laporan PDRM - sehingga jam 9 pagi, 'Operasi Polis Perhimpunan 9 Julai 2011' membabitkan 21 tangkapan.

10:21am: KLCC - BERSIH tweet bahawa berlaku pertembungan polis dengan penyokong. "Kanister gas digunakan," katanya. Malaysiakini sedang cuba mengesahkannya.

10.20am: Stesen LRT Masjid Jamek - Tangkapan penyokong BERSIH 2.0 berterusan. Turut ditahan adalah seorang lelaki selepas polis menggelidah bagnya tetapi tidak menjumpai barangan berkaitan BERSIH. Dia bagaimanapun mengakui sedang mengumpulkan derma semasa ceramah PAS sebelum ini.

10.06am: Di stesen lama KTM, seorang warga emas berusia 70 tahun yang memakai serban dan jaket Pakatan Rakyat ditahan bersama dua lagi selepas beliau berkeras untuk pergi ke Masjid Negara untuk bersolat. Ketiga mereka dibawa dengan jip polis.

10.05am: Masjid Negara - Jumlah orang ramai juga semakin bertambah di kawasan ini. Dianggarkan tidak kurang seribu telah berada di sini.

9.55am: Masjid Jamek - Lebih ramai yang datang melalui stesen LRT. Polis belum memeriksa mereka tetapi hanya memerhatikan keadan. Kawasan ini adalah antara lokasi panas pada perhimpunan BERSIH pada 2007.

9.50am: Masjid Negara - Seorang lelaki tua yang cuba menghampiri masjid dengan niat untuk bersolat telah dihalau oleh pihak berkuasa. Jumlah penyokong BERSIH 2.0 di persekitaran stesen keretapi lama itu semakin bertambah ramai.
9.45am: Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan.

9.41am: Istana Negara - Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya.

9.40am: IPK Kuala Lumpur - Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis.

Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap.

9.38am: - Kampung Baru - Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup.

9.15am: DBKL - Kira-kira 60 anggota polis dan sepuluh trak dilihat berada di persimpangan T di hadapadan bangunan DBKL.

9.05am: KL Sentral - Polis sedang memeriksa bag-bag ke4punyaan penyokong PAS yang baru tiba dari Kelantan.

9.00am: Stadium Merdeka - Jalan ke stadium itu dari Jalan Maharajalela sudah dikepung dengan halangan kawat berduri. Wartawan yang ingin memasuki kawasan itu perlu berdaftar dengan polis.


The Malaysian Insider (Terjemahan):
TERKINI:
Twitter: Polis arah orang ramai tanpa tiket kereta api meninggalkan Stesen Kereta Api Lama.

Twitter:
Polis berada di Stesen Kereta Api Lama, Orang ramai yang berada di situ dihalau oleh polis.

Twitter: Sekitar pukul 10.20 pagi, polis telah menahan 5 lelaki, 3 perempuan di Sogo. Semua dibawa ke Pulapol Jalan Semarak.

Twitter: Hampir semua gerai ditutup di jalan Masjid India. Kedai di Jalan Bukit Bintang ditutup kecuali McDonalds & KFC. Pavilion & Lot 10

Twitter: Polis pakai pakaian biasa kelihatan di Stesen Monorail Maharalela.

Twitter: Polis memeriksa semua kenderaan memasuki KLCC.

Twitter: - Jalan masuk ke Midvalley dari Jalan Klang Lama ditutup, polis buat lencongan ke lebuh raya KL-Seremban.

Twitter Terpilih:
TERKINI:
Mohamed Azmin Ali: Saya sudah berjaya tiba di "forbidden city of KL.
(P/s: Khabarnya sudah banyak pemimpin PR berada di KL termasuk Mat Sabu dan pemimpin PR yang lain.)


Sharifah Shahidah by rafiziramli
Elakkan dari turun di KL Sentral. Polis & SB berkeliaran & tangkapan rambang dilakukan. Pakcik2 PAS jgn pakai kopiah

Staronline:
Polis sudah tangkap 236 orang termasuk 8 wanita. (tjmhn)


Staronline:
13 ditahan di Masjik Jamek. (tjmhn)

Staronline: Banyak orang berkumpul berhampiran Masjid Negara. Banyak anggota polis di situ. Lebih banyak trak polis ditempatkkan di Istana Negara. (tjmhn)

Drs.Khalil Idham Lim: Jalan mahameru dari bulatan pahang kenderaan berbaris panjang sbb ada sekatan

Drs.Khalil Idham Lim: Jalan sekitar parlimen lengang, lencongan ke dataran merdeka ditutup.

Sharifah Shahidah: Tangkapan secara rambang tlh bermula di KL Sentral pd jam 10.30 am..penumpang LRT dibawa terus ke dlm truck.

[RapidKL]10.15am - Station Hang Tuah (Aliran Ampang) telah ditutup atas arahan polis. Tren tidak akan berhenti di stesen berkenaan.

AmizudinSharpshooter: Tangkapan di KL Sentral sudah bermula.

Mohammad Nizar: Awal2 najib hentam Bersih kata ngo dan himpunan haram, tapi dia jemput guna stadium utk bersih berkumpul,mana ada kredibiliti?

Chang Lih Kang: Banyak polis kelihatan di Pasar Seni. Helikopter berlegar-legar. (Terjemahan)

Nik Nazmi: laporan: penangkapan oleh polis sudah bermula di Kg Baru. Org sedang makan ditarik ke dlm trak. @ Masjid India suasana tegang, polis ramai.

CheGu Bard: Jgn berada di 'hot spot' terlalu awal.. Hati2 elak tangkapan awal..elak sbarang keganasan,bukan tunjuk kuat tp prtegas tuntutan

No comments: