Monday, August 8, 2011

Bonus Raya Tanda Pilihanraya

http://www.kujie2.com/wp-content/uploads/2011/08/bonus-kakitangan-kerajaan.jpgBonus Raya tanda pilihanraya makin dekat, mungkin sebelum pembentangan bajet 2012. Najib semakin terdesak setelah mendapat tekanan dari luar iaitu PR , Bersih 2.0, kes Liwat 2 dan Kes Scorpene .

Manakala tekanan dari dalam juga semakin membuak . Sudah kedengaran desakan supaya meletak jawatan. Apa yang berlaku pada Pak Lah kini melanda Najib, maka pilihanraya tidak boleh ditangguh lagi.

Masa yang paling baik sebelum daftar pemilih dibersihkan berikutan kebocoran maklumat pendaftaran pendatang asing sebagai pengundi. Walaupun tahu kalah banyak kerusi tetapi BN dikatakan masih boleh menang dengan majoriti tipis. Daripada kalah terus, adalah lebih baik menang tipis dengan kuasa di tangan.

Pengumuman awal ini juga dibuat setelah mengetahui kerajaan PR Selangor akan memberikan bonus raya kepada kakitangan kerajaan negeri. Seolah-olah kerajaan BN prihatin nasib kakitangan awam lebih dulu dari kerajaan PR, sedangkan kerajaan PR sudah merancang tapi belum mengumumkan .

Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Khamis lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.Beliau berkata, Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada perdana menteri,dua bulan lalu.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya.

9 comments:

Anonymous said...

ape la nak jadi ngan kowg nie sume......bile kerajaan bg bonus nak bantu kowg cakap tu ade muslihat la ape la.....bile tak bg bonus lak kowg cakap kerajaan kedekut la...zalim la....tak berhati perut la.......cube jadi orang yang tau dan reti bersyukur sikit....bulan2 ramadhan nie tanamkan lah sifat bersyukur......duet yg kerajaan bg tu pon dapat gak meringankan beban korang sume lagi2 nak raye nie...kang tak pasal2 komplen takd duet nak bayar ini itu......

Anonymous said...

pasni sape yg kate bonus tu gula2 kerajaan utk pilihanraya sila lah pulangkan balik tak pon bg la sedekah pada orang yg LAGI MEMERLUKAN dan LEBIH TAU BERSYUKUR....

Hamdan Rukun said...

MAKNANYA HANGPA ANGGAP BONUS INI ADALAH RASUAH. KALAU HANGPA MAKAN JUGAK DUIT NI , HANGPA MAKAN DUIT RASUAHLAH. HARAM.

ANAK BINI HANGPA PUN HANGPA TAK BOLEH BAGI MAKAN.

HE!HE!HE!

Appdustry said...

Habes tu nak bagi mase bile? Mase Thaipusam? Hari Raya dah dekat, kerajaan sebagai kerajaan prihatin tentulah nak ringankan sket beban rakyat melalui bonus nie..secara tak langsung swasta pun akan terikut-ikut skali..bodo tak bole ajar la pencacai PR semua nie! Ptuih!!

Anonymous said...

anon 1 : yang keja kerajaan ucap la terima kasih, yang kerja kampung nak ucap apa hoi.

anon 2 : nak pulang apa bonus tu hanya utk kerja kerajaan , pulang angin boleh la

luncai : boleh cakap la makan pun hasil bini, makan bonus bini la. tu pun kalu bini kerja kerajaan

Anonymous said...

PENCACAI UMPORNO BUKAN KERJA KERAJAAN PUN. DOK SERONOK DAPAT BONUS KONON.

KAMI YANG KERJA KERAJAAN PUN TAK SESERONOK PENCACAI UMPORNO .

PUAK-PUAK NI DOK INGAT REZEKI TU UMPORNO YANG BAGI. BERSYUKUR KEPADA ALLAH YANG MURAHKAN REZEKI

TERIMA KASIH KEPADA PR YANG KUAT , KALAU PR TAK KUAT SETENGAH BULAN GAJI PUN MUNGKIN TAK DAPAT

Anonymous said...

teruk dah pencacai umno nie, rezeki dr Allah pun dikatakannya najib dan umno yg bagi..

Anonymous said...

memang la rezeki tu dtg dari Allah....tp perantaraan die adalah kerajaan....bersyukur la sikit..aku bukan nak bias sgt.....kwn2 aku ramai yg sokong PR bile dgr bonus nie gembire dieowg....yg penting jgn pk bkn2 n bersyukur jek....

Anonymous said...

Mmg muslihat lar!!!kalau tak mesti bagi setahun skali..dekat2 nk ngundi baru nk bagi..nampak sgt