Monday, August 8, 2011

PANAS!! Najib dan Taib Mahmud pakai duit rakyat lagi untuk tipu satu dunia!!



Walaupun dunia sekarang ini sedang dihangatkan dengan skandal rakam bualan telefon Murdoch yang menyaksikan berakhirnya “The News of the World Tabloid” sebuah lagi skandal media akan mengegar dunia.

CNN, BBC dan CNBC kini sedang cuba untuk mengawal pendedahan kes ini agar mereka tidak disiasat.


Sekiranya mereka disiasat, ini bukan sahaja akan menarik perhatian dunia terhadap mereka bahkan mencipta satu skandal baru bagi tatapan dunia untuk Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud.


Ini sekaligus memberikan satu lagi tamparan hebat kepada Malaysia.


Kedua-dua mereka dikatakan membeli laporan-laporan yang baik, menarik dan yang menggalakan bertujuan untuk mempamirkan imej positif mereka melalui FBC Media sebuah firma UK.


Bukanlah satu perkara luar biasa bagi pemimpin dunia untuk cuba memaparkan imej positif namun, tidak ramai yang akan mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk berbuat demikian.


Menipu masyarakat dunia


Mungkinkah Najib dan Taib sudah biasa melakukan sekatan terhadap media dalam negara yang dipaksa untuk hanya melaporkan cerita-cerita yang berat sebelah maka mereka merasakan bahawa wang boleh membeli segala-galanya lalu terbawa-bawa kebiasaan ini ke pentas antarabangsa.


Dengan berbuat demikian, mereka sebenarnya telah mencemarkan bidang kewartawanan.


Rangkaian global seharusnya sekarang memainkan peranan masing-masing dan mereka yang lemah dengan godaan ini haruslah berhadapan dengan hukuman berat.

Inilah satu-satunya cara mendapatkan semula kredibiliti mereka.

Media dunia juga tidak seharusnya membenarkan Najib dan Taib terlepas daripada menerima hukuman.


Ia haruslah memberitahu dunia mengenai percubaan kedua-dua pemimpin ini untuk mempamirkan imej yang salah kepada masyarakat dunia dan pelabur asing.


Pelaburan asing yang mereka cuba tarik ke Malaysia adalah bentuk pelaburan yang boleh menguntungkan projek-projek mereka sendiri yang sememangnya diketahui terdiri daripada para pemegang saham luar yang diragui.


“Sudah tentulah kita ambil berat mengenai hal ini kerana, apabila pelabur luar mempunyai persepsi bahawa Malaysia tidak boleh dipercayai disebabkan pemimpin kita membeli imej positif, siapa yang akan memilih untuk buat pelaburan di sini?


Dengan persaingan sengit FDI, ini juga mungkin menjadi penyebab mereka akan meletakkan Malaysia pada pilihan terakhir mereka.


Mereka juga akan membuat usaha sewajarnya yang lebih terperinci untuk berurusan dengan apa-apa yang ada kaitan dengan Malaysia.” Kata Tian Chua, seorang ahli parlimen pembangkang kepada Malaysia Chronicle.


Tamparan buat Malaysia


Kelihatan seperti dalam 2 tahun selama Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, Malaysia sentiasa diketengahkan oleh media dengan berita-berita yang tidak enak.


Negara kita menjadi bahan tawa dunia.


Pemimpin kita tidak segan silu beraksi di pentas dunia dan juga tidak keberatan menggunakan duit rakyat untuk kegunaan diri mereka sendiri untuk menunjuk-nunjuk dan rasuah.


Keputusan CNBC untuk menghentikan rangcangan bisnes perdananya “World Business” disebabkan tuduhan bayaran kepada penerbit rancangan itu iaitu FBC Media oleh Kerajaan Malaysia bagaikan satu tamparan buat Malaysia.

Dunia sekarang melihat Najib dan Taib sebagai 2 orang streotaip yang mempunyai mempunyai keperibadian buruk yang perlu membeli imej baik demi memperelokkan diri mereka di mata dunia.

Menurut Sarawak Report, FBC Media, yang dibayar RM70 juta setahun untuk promosi kempen 1Malaysia bermula 2009, mempunyai hubungan erat dengan firma konsultansi perhubungan awam APCO yang dikaitkan dengan beberapa pemimpin militan Israel.

“Menurut dokumen rasmi kerajaan Amerika Syarikat pula, FBC Media telah pun dalam masa 2 tahun membayar US70,000 kepada APCO untuk menjalankan kegiatan melobi di US untuk kerajaan Malaysia.” Lapor Sarawak Report.


Ekoran dari itu,kerajaan Malaysia semakin kerap ditonjolkan dengan cerita-cerita positif menerusi program-program mereka.


Tidak beberapa lama dahulu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mempersoalkan fungsi FBC Media di Parliamen akan tetapi tidak diberi sebarang jawapan.


Statistik rasmi telah menunjukkan bahawa Jabatan Perdana Menteri telah membayar sebanyak RM57.68 juta kepada FBC Media dari tahun 2008 hingga 2009.


Ini mungkin bukan jumlah terakhir dan rakyat Malaysia harus menunggu jawapan yang pasti dari kerajaan BN.


Sarawak Report turut mendakwa Taib membayar USD5 juta atau RM15 juta kepada FBC Media.


Tidak Waras


Sementara itu, CNN turut menyangkal tuduhan bahawa ia telah dibayar untuk menemuramah Najib Tun Razak kerana sesi temubual yang menimbulkan tanda tanya apabila wartawan CNN John Defterios yang menemubual beliau mengenai Perhimpunan Bersih dilihat sebagai terlalu berlembut.


Tumpuan pengawal selia industri sekarang adalah pada hubungan FBC Media dengan firma perhubungan British yang diterajui oleh Alan Friedman dan Defterios (kiri) yang masih disenaraikan sebagai salah seorang daripada Presiden kumpulan itu dan juga dengan stesen penyiaran seperti CNBC, CNN dan BBC.

CNN, BBC dan CNBC telah dengan segera menjauhkan diri daripada skandal media yang melibatkan Najib dan Taib.

Institusi berita diseluruh dunia sekarang ini sedang berusaha memulihkan kredibiliti mereka selepas skandal Murdoch dibongkar dan sekiranya kaitkan dengan kes rasuah di Malaysia, ia tidak akan membantu mereka.

Tidak mustahil mereka sedang marah terhadap kedua-dua pemimpin Malaysia ini.


Tindakan Najib dan Taib yang cuba memberi gambaran yang menyimpang dari kebenaran terhadap diri mereka yang sebenar adalah agak keterlaluan.


Percubaan untuk membeli gambaran positif walaupun tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan mengenai penyalahgunaan kuasa dan juga rasuah pentadbiran mereka adalah sesuatu yang agak meloyakan.


Najib yang sememangnya sensitive mengenai gambaran media terhadap diri beliau akan mendapati perkara ini sukar untuk diterima.


Beliau merasakan bahawa imej yang baik di mata orang awam adalah segala-galanya dan lebih penting berbanding tadbir urus dan kempimpinan yang baik.


Taib nampaknya bernasib lebih baik kerana telah pun lama berkuasa; lebih lama daripada mana-mana pemimpin UMNO.


UMNO adalah parti Najib manakala Taib pula PBB di Sarawak.


Taib menyedari bahawa ketakutan terhadap kemasukan UMNO ke Sarawak akan membenarkan beliau terus berkuasa.


Taib boleh menangkis serangan media dan ia bukanlah sesuatu yang baru untuk beliau akan tetapi berbeza pula dengan Najib yang mempunyai kedudukan yang agak lemah.


Najib bergantung kepada imej yang beliau cipta untuk mengaburi mata bahawa beliau telah melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri dengan baik, walaupun sebenarnya ia jauh menyimpang dari kebenaran kerana usaha beliau yang mewah untuk memulihkan negara dan ekonomi selama ini dilihat sebagai belum berjaya.


Kes rasuah media yang global ini akan mempercepatkan kejatuhan beliau kerana propaganda yang beliau sebarkan di negara tidak akan dapat berdepan dengan analisa yang berat sebelah.
JP

No comments: