Thursday, August 18, 2011

KANTOI LAGI !!!.Pengarah JAIS tidak tahu tentang operasi siasat gereja..??

Kontroversi tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan terhadap Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC) terus berlarutan apabila kini timbul dakwaan Pengarahnya, Marzuki Hussin tidak tahu-menahu mengenai operasi itu.

Sumber dalaman JAIS menyatakan bahawa Marzuki tidak dimaklumkan mengenai operasi yang dijalankan oleh Bahagian Penguat kuasa JAIS dan polis pada malam 3 Ogos lalu.

"Pengarah tidak dimaklumkan tentang operasi itu. Sebab itu operasi malam itu dibuat tanpa persedian rapi," kata sumber berkenaan.

Justeru menurut sumber itu lagi timbul tanda tanya berhubung pihak yang mengeluarkan arahan atau memberi kelulusan agar operasi itu dilaksanakan.

Selain itu difahamkan juga jumlah 12 individu Islam yang dilaporkan menghadiri majlis makan malam anjuran komuniti gereja di DUMC itu tidak tepat berdasarkan fakta bahawa hanya sepuluh daripada mereka diwakili peguam dari firma guaman Tetuan Lee Hishammuddin.

"Dua lagi individu itu 'tidak formal', tapi kesemua 12 yang diperiksa itu memang hadir beri keterangan agar tidak menimbulkan syak," katanya lagi.

Sumber berkenaan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai apa yang dimaksudkan dengan 'tidak formal'.

Baru-baru ini Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa mempunyai bukti bahawa Umno mendalangi pemeriksaan JAIS terhadap DUMC.

Mustafa turut mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan JAIS yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja tersebut.

4 comments:

Hamdan Rukun said...

SEBELUM INI YANG HASSAN ALI DOK MELALUT PERTAHAN TINDAKAN JAIS TU AMENDA ?

ATAU MEMANG PAS TAK KISAH KOT ?

HE!HE!HE!

Anonymous said...

x kisah la apa pon alasan.....yang penting tindakan JAIS betul, bertindak berdasarkan aduan orang ramai bukan hanya menunggu arahan baru nak bertindak,...salahkan kerajaan tetapi gereja haram langsung tidak disentuh..nak di hina apatah lagi....

Anonymous said...

murtad ni bukan hanya berlaku di sgor, di melaka dan NS bercambah murtad sampai ada gereja melayu. apa umno buat selama lebih 50 tahun perintah. ada umno buat, tolak rang undang2 murtad yang pas bawa. sekarang berlagak kononnya nak pertahan aqidah. semua tu sandiwara nak tarik undi melayu shj

Anonymous said...

kalau sekarang dato hasan ali ahli PAS buat tindakan memerangi murtad orang islam sendiri ada yang tidak menyokong malah membela hak gereja....x caya tanya khalid samad dia sokong x? kalau zaman umno dulu dia x buat zaman sekarang kalau orang buat sokong la 100%. tepikan pendirian politik. AGAMA LEBIH UTAMA.