Wednesday, September 21, 2011

PR tiada masalah agihan kerusi


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbezaan pendapat berhubung rundingan kerusi di antara tiga komponen partinya merupakan satu perkara biasa.

"Jadi tidak benar mengatkan bahawa rundingan gagal, perbezaan pendapat sedikit di peringkat kawasan parlimen dan DUN.


"Hal ini biasa, jadi kira minta (pemimpin parti) negeri rumuskan dengan baik dan beri laporan," kata beliau yang juga ketua umum PKR, dalam satu sidang media pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat petang ini.


Katanya, rundingan itu akan diteruskan dan pemimpin berkenaan diberi peluang untuk memberikan pandangan mereka sehingga hujung bulan ini.


Ketika ditanya, Anwar juga berkata Pakatan negeri Johor - yang dikatakan berdepan masalah dalam isu pembahagian kerusi - juga masih belum selesai mengadakan rundingan.


Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata rundingan yang "panas sikit" itu juga satu perkara biasa.


"Jadi rundingan di negeri akan terus berjalan," katanya lagi dalam sidang media sama.


Turut hadir dalam sidang media itu ialah pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan juga presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

No comments: