Thursday, October 27, 2011

KES GHANI PATAIL!!! Najib dah tahu tapi buat-buat tak tahu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgpBZdKcnmp2ubLM6R_6oMfMjkC5j2Zx_DRekUb2z6ggoVQYrZ4xjoRssXf3jHYAQjPsdQgH_bkCcTxORkhGuMj5ibVvXiwho79FJSp7JTefw9ReaukurFLOq0qE0Z3ipxrL_lOOOpTBKQ/s200/ghani+patail.jpgRupanya, Najib yang nampak bodoh dan tak tau sebenarnya pernah cakap dengan bekas pencacai Mahathir!

Hanya sebab dia masih lagi Naib Presiden Umno-APCO tahun 1998 semasa Anwar Ibrahim dilanyak oleh Rahim Noor, belaan Mahathir yang tiba-tiba menyalak semalam, Najib nampaknya buat keputusan matikan diri.

Tambahan pulak, musuh ketatnya sedang mara untuk merampas Putrajaya dari tangannya.

Jika dia suruh Gani Patail dakwa Rahim Noor sekarang pun, kesannya hanya sementara, demi memastikan imej buruk Najib yang terpalit dengan skandal antarabangsa tercuci sedikit sebanyak.

Walau apapun tanggapan rakyat terhadapnya, hakikatnya kesemua pemain utama dalam kes mata lebam bakal mendapat "habuan" masing-masing, tidak kira cepat atau lambat sekalipun.

JALAN PULANG


Kes mata lebam: Mat Zain dakwa Najib tahu salah laku Gani Patail


Datuk Seri Najib Razak pernah mengatakan Tan Sri Abdul Gani Patail tidak wajar terlibat dalam kerja memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam 1998 Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian menurut seorang bekas pegawai kanan polis yang mendakwa bertemu secara peribadi dengannya pada Oktober 2008.


Ketika itu Najib merupakan timbalan perdana menteri dan menjadi perdana menteri pada April 2009.


Datuk Mat Zain Ibrahim, yang sedang menggerakkan kempen seorang diri untuk mengalihkan peguam negara itu berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Najib untuk membincangkan dakwaan pembabitan Abdul Gani dan juga Ketua Polis Negara masa itu Tan Sri Musa Hassan.


“Komen YAB terhadap Gani Patail antara lainnya, ‘memang salah untuk memalsukan keterangan'.


Walaupun boleh jadi tujuan Gani adalah untuk 'menolong IGP’ (merujuk kepada bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor), membuat keterangan palsu, adalah suatu kesalahan dan tidak patut dia lakukan,” kata Mat Zain dengan merujuk kepada apa yang diperkatakan oleh Najib pada pertemuan mereka.


Rahim digantikan oleh Tan Sri Norian Mai dan kemudian oleh Musa sebagai ketua polis negara.


Mat Zain seterusnya menulis, “komen terhadap Musa Hassan pula, YAB menyatakan antara lainnya, ‘saya mendapat tahu peranan Musa tidaklah seteruk Gani.


Saya rasa beliau (Musa) boleh melepaskan diri.”


Mat Zain mengatakan demikian dalam surat terbuka kepada Najib.


Dalam surat terbuka itu, Mat Zain menambah, “selanjutnya YAB telah memberi jaminan akan membincangkan perkara pelantikkan panel bebas dengan Perdana Menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu) oleh kerana YAB mengatakan tidak tahu-menahu mengenai pelantikkan panel ini, jika saya tidak maklumkan pada hari tersebut . . .”


1 comment:

Anonymous said...

Untuk mengambil tindakan kpd pihak2 terlibat rasanya mcm menunggu kucing bertanduk selagi umporno memerintah malaya yg x pernah dijajah ni. Alternatif nya melayu mesti undur kebelakang cara dulu2.. mrk terlibat ni kita BOMOHKAN aje (biar merana mati perlahan2) atau ade cara lain.. Hrp pelayar beri komen (negatif or positif).....