Sunday, January 8, 2012

KAJIAN TERKINI!!! PR dan BN sama kuat di Melaka


Penganalisis Politik Malaysia, Professor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata PR Melaka berada dalam landasan terbaik untuk memenangi banyak kerusi pada PRU 13 nanti.

Ini berdasarkan kepada kajian firma yang diketuai beliau iaitu Zentrum Future Studies Malaysia yang dijalankan di Melaka.

"PR dan BN Melaka tidak banyak bezanya dari sokongan rakyat, ia hanya berselisih sedikit sahaja, tiada siapa yang dominan".


"Untuk memastikan kemenangan mutlak PR mesti bekerja kuat, mengatur strategi yang tepat dan mempunyai barisan kepimpinan yang meyakinkan rakyat" tegas beliau.


Abu Hassan berkata demikian pada program Wacana PRU 13 : Menuju Seri Negeri yang dianjurkan oleh PAS Melaka di Ayer Keroh pagi ini.


"Rakyat khususnya golongan muda cenderung untuk menyokong PR dan terpulanglah kepada PR untuk menguruskannya"


"Mereka terdedah kepada media baru, maka sesiapa yang ingin menang mesti menguasai media baru dan ini disedari oleh semua pihak, cuma siapa yang hebat menguruskannya dia menang" ujar Abu Hassan.MUTALIGAT

1 comment:

Anonymous said...

Umporno Melaka kenalah ulok lebih sikit pada pengundi, setiap penggundi paling sedikit pn RM500 ke baru boleh pangkah BN. PR mane ade duit nak ulok pd penggundi.. Ali Ketam mesti bolih uruskan semua ni, kalau x reti tanya Khalil Yaakob dia bisa buat dulu zaman PBS memerintah sabah bah... ushakan lah Ali Ketam ape pn demi rakyat jugak... kata umporno pembela melayu dan agama, konon nya...