Sunday, January 8, 2012

TERKINI ANWAR DIBEBASKAN!!! Sahih, Hakim Mohamad Zabidin memutuskan Anwar tidak bersalah






99.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.

.20am: Perbicaraan dimulakan dengan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengambil tempatnya.

9.15am: Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang juga berada dalam mahkamah.

9.14am: Menurut laman Facebook Polis, setakat jam 9 pagi, jumlah orang ramai yang berhimpun pada ralli 901 ini dianggarkan berjumlah 4,500.

9.05am: Seorang penyelaras perhimpunan memberitahu orang ramai bahawa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat juga hadir dan beliau telah dibenarkan masuk ke dalam mahkamah.


8.59am: Annie Ooi yang dikenali sebagai Makcik Bersih tiba di mahkamah bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar dengan memakai kemeja T kuning 'Generation 709'.

Katanya kepada awrtawan beliau datang dengan menaiki bas.

"Senang sahaja datang sini,” katanya cuba mengelakkan jurugambar daripada merakamkan gambarnya.

"Banyak marah, apa diaorang buat pada rakyat".

8.37am: Para diplomat dan wartawan mula dibenarkan masuk. Turut dibenarkan ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

8.32am: Turut kelihatan adalah Nasir Hashim PSM dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersama dengan rakyat.

Batu vs Kayu

1 comment:

Anonymous said...

All I can say at this moment is...Syukur..Alhamdulillah..!!