Tuesday, January 31, 2012

NAMPAK SANGAT UMNONYA!!! Rakyat bimbang penipuan dalam pilihanraya tapi Pengerusi SPR bimbang hari penamaan calon

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6SsUVnXZKF0J1yEHEJLLNZhLe6fOBZtrfZXIT-rurKOfdZKO7LDe0gLTXtEliHr7YEF976YDfgyVpR2vEyy1vuWMhNykjph9rbRWE3K-lD8SyZBnP2p-tVrDjaw3JUj4Yk4GIJyuv4cM/s1600/spr+love+umno.jpgGEORGE TOWN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu menghentikan amalan calon yang bertanding pada pilihan raya membawa kumpulan penyokong dalam jumlah yang besar pada hari penamaan calon.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, perarakan mengiringi calon ke pusat penamaan calon sepatutnya dimansuhkan bagi memastikan suasana aman pada hari berkenaan.


"Hanya sepuluh penyokong dan wakil-wakil calon dibenarkan. Hari penamaan calon dan hari pengundian adalah yang paling membimbangkan saya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan taklimat pilihan raya di sini, Selasa.


Beliau berkata berdasarkan pengalaman 16 pilihan raya kecil sebelum ini, sikap penyokong semakin berubah dan sangat berbeza.

"Mereka menjerit, baling botol dan suka mencabar. Sebab itu semua pegawai pengurus mesti mengetahui undang-undang dan peraturan dengan baik," katanya.

Selain itu Abdul Aziz berkata, peraturan menggantung bahan kempen juga akan diperkemaskan kerana menurut beliau tidak ada mana-mana negara yang membenarkan kain rentang atau bendera digantung di pokok atau bangunan awam.

"Tapi di sini, mereka akan panjant pokok, lampu isyarat, tiang lampu untuk pasang kain rentang. Saya fikir kalau seseorang itu berdiri dalam keadaan tetap, badan dia juga akan dihiasi bahan kempen," katanya.

Tambah Abdul Aziz beliau akan membawa cadangan ini kepada Jawatankuasa Khas Parlimen bagi penambahbaikan sistem pilihan raya.

2 comments:

Anonymous said...

Ooiiiiiiiiiii, kalau kena tang UMNO, kitalah satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan itu dan ini.

Bila kena tang Pakatan Rakyat, itu tak boleh, amalan ini perlu dihentikan. Kepala otak engkau.... mentang-mentanglah UMNO dah tak ada angkatan perang untuk pasang poster di atas pokok, tiang letrik, gunung dan sebagainya.... nak halang Pakatan Rakyat yang jika diizinkan langit dan bulan pun akan kami kibarkan panji-panji rakyat.

Anonymous said...

kecik2 tk mau mampoih...dh tua bangka menyusah orang..