Thursday, February 2, 2012

RASA BERSALAH!!! Akibat dipergunakan untuk tujuan politik, Shaheizy Sam mohon maaf

SATU siri rakaman video ala dokumentari mengkritik dan mengutuk Perhimpunan BERSIH tersebar baru-baru ini. Apa yang menarik, rakaman itu menggunakan tiga orang artis terkenal, Shaheizy Sam, Faizal Hussin dan Osman Kering [Amenoworld].

Kalau kita fikirkan, apa rasionalnya artis digunakan dalam video propaganda politik seperti ini? Propaganda ini mudah dibaca, tujuan artis digunakan ialah untuk menarik rakyat Malaysia menonton video tersebut.

Shaheizy Sam mendedahkan bagaimana didirinya dipergunakan untuk propaganda ini. Di dalam laman peminat beliau di Facebook, beliau memohon maaf dan menjelaskan bahawa dirinya rasa dipergunakan.

Namun beliau yang mengaku jahil tentang politik menjelaskan bahawa dirinya sendiri tidak faham apa perjuangan BERSIH, malah merasa dirinya tidak layak untuk berpihak kerana menyifatkan ia sebagai bukan dunianya.






ReJaM© "Berhati-hati, anda mungkin dipergunakan sebagai propaganda selepas ini..."


No comments: