Wednesday, February 1, 2012

TUDUH ANWAR!!! Hakikatnya , Mahathir berkawan dengan Yahudi sejak di universiti


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLPLvxFZ3mvUE1FOCACVrk_I5ZINSe_YfY52LIqeLhMxpv5HPiZ0pNi-JrGp_FiYLlsj1Zh-zgpvKZhc8ph2Ktuf0aF2kuat2FBlALHB3NZfVJV6QuvzwaQDkGz8Hq5rcESfvAjHquHYbO/s320/daylife+mahathir+-+soros.jpgPada 30 Januari 2012 yang lalu, BERNAMA telah melaporkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beliau kecewa tetapi tidak berasa terkejut dengan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu melindungi keselamatan Israel.

Ini kerana menurut Tun, Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya mempunyai hubungan rapat dan akrab dengan pemimpin Yahudi sejak dahulu lagi.

"Memang dia (Anwar) dekat dengan Israel sebab dia suka kalau orang Barat puji dia. Dia nak ternampak sebagai seorang yang moden yang ikut trend, sebaliknya kita anggap dia sebagai lapuk," katanya.

Sebagai pemimpin yang telah lama mengenali perwatakan Anwar, Dr Mahathir berkata motif dan tujuan pemimpin pembangkang itu adalah untuk menonjol dan mempromosikan diri sendiri kononnya beliau adalah pemimpin moden dan liberal sekaligus mengharapkan pujian daripada negara Barat – laporan penuh sila baca di SINI

Kurang pasti pula aku ‘Anwar hubungan rapat dan akrab dengan pemimpin Yahudi sejak dulu lagi’ yang dimaksudkan oleh Tun itu sejak bila agaknya.. boleh jadi sejak Anwar dilahirkan kot..

Jika Anwar mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Yahudi sejak beliau dilahirkan barulah Tun boleh mengatakan Anwar sudah lama ada hubungan rapat dengan pemimpin Yahudi..

Yalah.. Tun dikatakan pernah berkawan dengan Yahudi sejak di Universiti lagi.. jadi kalau Anwar dah berkawan dengan Pemimpin Yahudi sejak dari dilahirkan barulah boleh dikatakan Anwar dah lama berkawan dengan Yahudi oleh Tun..

Menurut apa yang pernah disiarkan oleh The Australian Jewish News pada 17 Julai 2009, Tun Mahathir dikatakan bersahabat dengan seorang Yahudi Singapore bernama Yahya Cohen.

Yahya Cohen yang kemudiannya menjadi Pengerusi Persatuan Perubatan Singapura adalah rakan sekelas Dr Mahathir sewaktu beliau belajar di Universiti Malaya di Singapore.

Dan dalam artikel yang berjudul ‘Life in Jewish Malaysia’ itu Tun Mahathir juga dilaporkan sering berutus surat dengan Yitzak Rabin, bekas Perdana Menteri Israel.

Malah Tun juga didakwa pernah mengajurkan lawatan sambil belajar bagi kanak-kanak Yahudi dari Israel untuk bertemu kanak-kanak Islam di Malaysia.

Selain itu Tun juga dilaporkan telah membawa masuk seorang intellek Yahudi tersohor ke Malaysia untuk satu lawatan rasmi..

Betul ke nih Tun?.. Bertanya tak salahkannnn?

Info dari : TulangBesi @ Malaysia Waves
Artikel yang dimaksudkan iaitu ‘Life in Jewish Malaysia’ boleh dibaca di SINI

1 comment:

Anonymous said...

Kebanyakan ahli Umporno sebenarnya percaya Tun M memang kamcing dgn Yahudi...dah lama dah... apa nama apa nama....