Monday, March 19, 2012

BEKAS-BEKAS KOMANDO SERTAI PAS!!! Serah borang kepada Presiden PAS penuh istiadat


IPOH (17.3.12): Semasa program Jamuan bersama rakyat di Taman Pinji Mewah, Pengkalan Pegoh, telah berlangsungnya satu acara yang istimewa.

Bekas-bekas Anggota Komando 69 Pasukan Gerak Khas (PGK -Unit Elit PDRM) dengan diwakili oleh Mohamad Ismail Bin Hj Saleh telah berbesar hati untuk menyampaikan sendiri borang-borang kemasukan mereka ke dalam Pas kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Lebih istimewa dan uniknya apabila Mohamad Ismail telah menyerahkan borang-borang tersebut dengan penuh istiadat dan penghormatan seorang angkatan tentera kepada Tuan Guru Presiden.

Aksi-aksi beliau semasa penyerahan borang-borang tersebut telah sempat saya rakamkan. Mari saksikan adegan tersebut:-

Mohamad Ismail melutut di hadapan Tuan Guru untuk memulakan penghormatan beliau

Songkok yang dipakai telah ditukar kepada beret Komando PGK yang disertakan dengan logo Pas

Beret dipakai kemas dikepala

Beliau bangun dengan penuh tertib dan hormat setelah memakai beret tadi

Tabik hormat seorang bekas anggota komando PGK kepada Tuan Guru Haji Hadi



Bersalaman sebelum menyerahkan borang

Borang diserahkan kepada Tuan Guru Presiden bagi menandakan beliau dan rakan-rakannya ingin bersama di dalam jemaah Islam parti Pas. Takbir!!!

Ajijoi

2 comments:

che husin said...

Ana mohon SHARE gambar2 Istimewa ini...Tkasih.

Anonymous said...

Sebeno nya yob, byk bekas ATM (TLDM,TD dan TUDM) menyokong PR krn jasa2 mrk tidak dihargai. Adelah lebih istimewa jadi ahli umporno dan mrk yg telah berjasa kpd Negara... ahli umporno senang2 aje dpt tanah dn sbg nya, kalau bekas tentera belum tentulah rumah murah pun susah,, celaka umporno utk kroni aje yob....