Friday, May 18, 2012

KELUAR UMNO LAGI!!! Bekas Ketua Anak Negeri Sukau sertai PAS bersama penyokong


BUKIT GARAM : Demi membela maruah rakyat Sabah yang terhina di bawah pemerintahan UMNO dan BN, Bekas Ketua Anak Negeri N48 Sukau, Sairin Muyong bertindak keluar UMNO dan menyertai PAS bersama 23 orang penyokongnya.

Borang penyertaan Sairin dan penyokongnya diserahkan kepada Bekas Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Sapawi di rumahnya di Kg Bukit Garam.
Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Kinabatangan, Innah Tuton turut menyampaikan ucapan dalam majlis ringkas tersebut melahirkan rasa bangga atas penyertaan Sairin yang diyakini bakal memperkukuhkan PAS Kawasan Kinabatangan.

“Rakyat Sabah sering dipermainkan oleh pemimpin BN bermula zaman Tun Datu Mustapa sehinggalah kini dengan janji-janji pembangunan yang mengkayakan pemimpin tertentu sahaja. Rakyat Sabah terus hidup melarat dihimpit kemiskinan,” jelas Sairin yang juga bekas Setiausaha Parti Berjaya Kinabatangan.

Ketika ditanya, penyertaannya ke dalam PAS kerana berminat untuk menjadi calon PAS di N48 DUN Sukau, Sairin menafikan dakwaan itu kerana PAS sebuah parti yang cukup cermat dalam pemilihan calon dan matlamat perjuangannya adalah jelas untuk Islam.

Penyertaan beliau adalah untuk mencari redha Allah dengan baki kesihatan yang dianugerahkan Allah ini, namun Sairin berjanji akan bersungguh-sungguh menggunakan pengalaman politiknya untuk membantu PAS dalam pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Bekas Ketua Cawangan UMNO itu juga melahirkan keyakinan kepada PAS yang dilihat lebih telus dalam pengurusan dan sentiasa mendidik pemimpin dan ahlinya supaya amanah dalam memikul tanggungjawab Negara, di samping keikhlasan ahlinya berkorban untuk meninggikan syiar Islam.

Ketika menyerahkan borang keahliannya kepada Ustaz Azman, Sairin berkata, “saya menyerahkan borang ini berserta dengan jiwa dan raga saya kepada perjuangan Islam yang dibawal oleh PAS,” lalu disambut dengan laungan takbir oleh hadirin yang hadir.

Sementara itu, Ustaz Azman turut melahirkan kegembiraan atas kesediaan Sairin dan penyokongnya untuk menyertai PAS. Senario penyertaan masyarakat kepada PAS dan Pakatan Rakyat semakin rancak, bahkan di mana-mana yang beliau pergi, masyarakat akan bertanya tentang tarikh pilihanraya. Ini membuktikan rakyat sudah muak dengan UMNO BN dan sudah tidak sabar-sabar untuk menguburkan parti yang memerintah sekarang ini.

Menurut Ustaz Azman lagi, rakyat semakin takut dengan gaya pemerintahan BN yang boros dan bocor di mana-mana.
 
“UMNO BN bergaduh dengan semua peringkat masyarakat, bermula dengan pelajar university sehinggalah peneroka FELDA sehingga tergamak mengeluarkan kata-kata kesat kepada peneroka FELDA,” jelas Ustaz Azman lagi./~sabahkini

No comments: