Saturday, June 16, 2012

KUBU KUAT UMNO PECAH!!! Anak muda Larut makin hebat, UMNO Larut makin tertekan

Sejumlah 800 orang anak muda terlibat dalam acara konvoi bermotosikal yang dianjurkan oleh Pemuda PAS dan Angkatan Muda KeADILan (AMK) Larut petang semalam.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Larut,Akmal Kamaruddin berkata tujuan program konvoi ini diadakan adalah untuk mengiringi perjalanan penceramah undangan iaitu Pengerusi Ameerah Malaysia,Cik Fareedah Samad ke lokasi program ceramah penerangan yang bakal berlangsung di Markas PAS Kg Gudang pada sebelah malamnya.

Selain itu ujarnya lagi,ia juga sebagai manifestasi suara anak muda di kawasan ini dalam menterjemahkan sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat dan menolak Umno Barisan Nasional.

Konvoi yang memulakan perjalanan dari Ulu Sepetang pada jam 5.30 petang singgah sebentar di Kampung Bechah,Batu Kurau bagi memberi sokongan terhadap satu upacara menaikkan bendera PAS gergasi sebagai simbolik setelah tertubuhnya cawangan baru di situ

Menurut Akmal,Kampung Bechah ini adalah sebuah perkampungan yang cukup sinonim dengan jolokan ‘kubu kuat Umno’.

“InsyaAllah jolokan itu akan bertukar menjadi ‘kubu kuat PAS’ tidak lama lagi apabila PAS kawasan berjaya menubuhkan cawangan bongsunya di kampung ini beberapa hari yang lalu”

Ujar Akmal.Dengan tertubuhnya Cawangan baru di sini,kita akan melipatgandakan usaha menyuntik kesedaran kepada masyarakat di kampung ini agar bersama-sama menyokong PAS dan Pakatan Rakyat dan meninggalkan perjuangan sia-sia bersama Umno Barisan Nasional.

Upacara menaikkan bendera diketuai mantan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM,Dato’ Fauzi Shaari yang baru sahaja mengisyhtiharkan penyertaannya ke dalam PAS dalam satu majlis pengisyhtiharan yang berlangsung di Taman Kota Wira baru-baru ini.

Para peserta konvoi meneruskan perjalanan ke Markas PAS Kg Gudang sebaik sahaja selesai upacara menaikkan bendera.

Setibanya di lokasi,mereka disambut oleh Pemuda PAS Larut,Mohd Nazri Din yang sempat memberikan ucapan kata-kata semangat kepada seluruh anak muda yang terlibat.

Nazri dalam ucapannya menyeru kepada seluruh pemuda agar terus bekerja kuat bagi memastikan kemenangan di pihak Pakatan Rakyat dan menumbangkan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang agar seluruh rakyat dapat menikmati kehidupan yang jauh lebih baik daripada hari ini.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat lain yang turut serta dalam program ini ialah Timbalan Ketua Cabang KeADILan Larut Cikgu Mohd Adli Kamarun,Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan,Haji Zaki Hassan dan Ketua AMK Larut,Shaiful Lizam Yusof
Akmal bersama ketua AMK 
Larut,Shaiful Lizam(kiri)









                                                                                                                                           Dato’ Fauzi memperkatakan sesuatu kepada Timbalan    
                                                                                Ketua Cabang KeADILan Larut,Cikgu Adli
Upacara menaikkan bendera gergasi di Kg Bechah

Bacaan doa sebaik sahaja selesai upacara menaikkan bendera

Konvoi meneruskan perjalanan ke Markas PAS Kg Gudang

Minuman disediakan untuk para peserta konvoi melepaskan dahaga

Reaksi spontan seorang anak muda menunjukkan tanda bagus sejurus selesai konvoi

Ketua Pemuda PAS Larut,Nazri Dun sedang berucap


Written by;
Mohamad Shukri Abd Hamid
Unit Berita PAS Kawasan Larut

No comments: