Monday, June 4, 2012

TUDUH PAS SESAT!!! Fathul Bari yang pengecut berdebat

31 Mei lalu kami menghantar surat rasmi jemputan debat kepada Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) melalui emel dan fax.


Surat rasmi pelawaan debat kepada ILMU

Tajuk yang kami kemukakan ialah “PAS vs Umno : Siapa Sesat” dengan menampilkan Pemuda PAS Gombak yang mewakili PAS serta ILMU yang mewakili Umno.

Ia dijadualkan berlansung pada 26 Jun akan datang, di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak.

Emel sama kami hantar kepada media dan dimasukkan ke dalam Facebook rasmi kami beserta blog www.PemudaGombak.com.

Rujuk http://pemudagombak.com/v1/?p=1338

Kenapa Pilih Tajuk Ini?

Antara persoalan yang timbul daripada pihak ILMU, media malah para rakan FB ialah mengapa pilih tajuk ini?

Ya, tajuk ini nampak kontroversi dengan perkataan “sesat” pada tajuk debat.


Wacana bertajuk "PAS - Parti Ajaran Sesat" fathul Bari boleh jadi ahli panel pula, tapi debat "PAS vs Umno: Siapa Sesat" takut?

Tahukah anda, selama ini Umnolah yang selama ini mempopularkan tajuk ini dengan tuduhan yang dilemparkan kepada PAS – Parti Ajaran Sesat?


Apa kata Ulama Muda Umno?

Malah, tajuk ini sudah diwacanakan oleh Umno dan ia menjadi kelebihan kepada ILMU.


Nah, salah seorang penelisnya ialah Fathul Bari yang gentar dengan tajuk debat "PAS vs Umno: Siapa Sesat".

Lebih jauh lagi, Ustaz Fathul Bari, jurucakap ILMU yang menjadi pembentang utama wacana tersebut!


Satu lagi kenyataan yang mengatakan PAS sesat oleh seorang ustaz ILMU; Fauzan Yahya

Justeru, inilah medan terbaik untuk ILMU memberi penjelasan yang terbuka di pentas debat yang kami sediakan.

Bukankah ini satu tawaran yang cukup lumayan bagi ILMU? inilah medannya untuk ILMU mendedahkan ‘kesesatan’ PAS!

“Kami mahu berdebat dengan TGHH dan TGNA”

Ini respon awal mereka yang dipetik daripada web www.antarapos.com.



Fathul Bari cabar TGHH boleh pula? Pemuda Gombak cabar Fathul Bari, ditolak kerana kami bukan pembuat dasar?

(Rujuk: http://pemudagombak.com/v1/?p=1358)
Boleh lihat respon Ust Fathul Bari di http://www.youtube.com/watch?v=xrNsJkgRmW0

Katanya juga “Mereka (Pemuda PAS Gombak bukan pembuat dasar”.

Beberpa persoalan yang timbul dari respon Fathul Bari.

1. Di manakah kedudukan ILMU dan Fathul Bari dalam Umno?
2. Adakah ILMU  pembuat dasar dasar Umno?


Ayuh, kita kupas satu persatu persoalan tersebut.


Persoalan pertama, di mana kedudukan ILMU di dalam Umno sehingga merasakan tidak layak berdebat dengan kami dan mahukan Presiden dan Mursyidul Am kami?

Merujuk kepada website Umno, tidak adapun ILMU sebagai sebahagian organisasi dalam Umno.



Malah, Ust Fathul Bari, Dr Fadlan, Ust Fauzan bukan siapa-siapa pun di dalam barisan kepimpinan Umno.

Jika hendak berdebat, biarlah sekufu. Jika hendak berdebat dengan Presiden kami, hantarlah Presiden Umno, baru setaraf, bukan?

Malah, jika hendak dibandingkan taraf dengan Dewan Pemuda PAS Malaysia, ILMU masih belum setaraf. Yang setaraf denhgan DPPM ialah Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Setaraf dari segi ranking dan kedudukan dalam parti masing-masing.

(Kami difahamkan, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan pernah menghantar jemputan debat kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tapi sepi tanpa jawapan)

Paling tinggi pun ialah Fathul Bari, pernah beberapa kali menjadi perwakilan Umno Perlis peringkat bahagian.

Justeru, atas keinsafan ini, kami daripada Pemuda PAS Gombak mengambil inisiatif ini untuk berdebat dengan mereka. Biar kami meninggikan taraf mereka yang tiada apa-apa pun dalam Umno ke sama taraf dengan pemuda kawasan.

Kemudian, kita pergi ke persoalan kedua; Adakah ILMU pembuat dasar?

Jika soalan pertama “Di manakah kedudukan ILMU dan Fathul Bari dalam Umno?”, jawapannya ialah “Tidak ada apa-apa”, apatah lagi soalan “Adakah ILMU pembuat dasar Umno?”.

Oh, sudah tentu tidak sama sekali. Tidak perlu dihuraikan panjang.

Maka, alasan mereka menolak jemputan kami berdebat kerana Pemuda PAS Gombak bukan pembuat dasar, sudah tidak releven sama sekali.

Jadi, apa lagi alasan ILMU?

Masih awal untuk ILMU menolak mentah-mentah pelawaan kami. Malah kami berikan masa yang secukupnya untuk ILMU memberi respon kepada kami dan persediaan secukupnya. Di dalam surat kami, tarikh akhir respon debat tersebut adalah pada 14 Jun.

Ayuh ILMU, tunjukkan kebenaran kalian!http://pemudagombak.com

5 comments:

Anonymous said...

umamak ilmu ni dia dah lupe ilmu kebenaran yg die blajo dlu, skrg dia b'ckp atas dasar nak dpt projek & komisen projek aje.. almaklum la baru2 ni bru dpt komisen jual bangunan kat shah alam.. skrg gak tgh dok melobi dgn 1 dato utk dpt job cuci-cuci... hang kalo x ckp benar walaupun ilmu hang blajo tu benaq, sudah tentu duit hang blajo mak pok bg kat hang tu ade mslh kot x barakah, sbb hang x hargai pemberian org tua hang... semoga ilmu hang blajo melaknat mu satu hari nanti...

TRUE POWER said...

ostad ni cakap bukan main tapi nak tarbiyah pimpinan umno yg rasuah dan yg korup habuk pun takdak..

Anonymous said...

Dia ni mana layak nk bdebat dgn PAS,suruh dia nasihat rosmah sampai pompuan 2 btudung dlu bru bleh bdebat,kalo x x yh la,dia ni bknnya sesiapapn,perasan hebat je...sama la dgn 'ular dlm semak' yg lain 2...

Anonymous said...

Pas sesat??kalu kjaan bn dapat point pas sesat dah lama dia haramkan pas macam dia haramkan arqam, n kump ajaran sesat yg lain..tapi..takda point lgsung..pas masih kulu kilir mcam biasa..cubala kalu wahabika, arqamka kulu kilir lawan bn umno..tak lawanpun dah kena haramkan pasal dia sesat..pi la bawak pas kat majlis fatwa kalu berani...(silap-silap umngok yg kena haram pasal tolak hudud)jgn kata nak haramkan pas..mahathir nak buang perkataan islam dari pas dulu pun fail..so umnogok cuma buleh cakap2 kosong kata pas sesat begitu saja dlm utusan meloya...kpd penyokong umno, pikir bebaik..mana satu nak dengar..nak pilih cakap orang yg tak arif ilmu agamanya dlm umno tapi nak cakap pasal agama ikut logik akal diorang..atau nak pilih cakap majoriti orang yg hidupnya dalam agama alim,ustat,pendakwah,ulama kat m'sia ni yg majoritinya dah masuk/sokong PAS?

Anonymous said...

FATHUL BARI BODOOOOOOO. PAHE DOK?TAK PAHE BOD-Do :D