Sunday, July 1, 2012

KRISIS PEMUDA UMNO JOHOR!!! Jangan salahkan Pemuda PAS untuk tutup bangkai yang busuk



JOHOR BAHARU -  Ketua Pemuda PAS, Saudara Suhaizan Kayat hari ini mengingatkan Pemuda UMNO Johor peringkat bahagian-bahagian  agar tidak  menyalahkan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor bagi menutup bangkai yang busuk. 
 
Mereka seharusnya berpijak di bumi yang nyata bahawa sememangnya berlaku perpecahan di dalam Pemuda UMNO Johor ketika ini. 

Ketua Pemuda UMNO Johor Baharu Saudara Khalid Mohamad, Ketua Pemuda UMNO Tebrau Saudara. Syahrin Jamaluddin dan Ketua Pemuda Pagoh Saudara. Ismail Mohamed  yang menafikan pergolakkan dalaman Pemuda UMNO Johor dan menuduh Pemuda PAS hanya mahu mencari populariti juga dinasihatkan meneliti kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Malaysia Dato Ahmad Maslan dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.



"Dato Ahmad Maslan telah membuat kenyatan yang telah disiarkan oleh Sinar Harian pada hari Ahad, 1 Julai 2012. Beliau tidak menafikan berlakunya pergolakan dalaman Pemuda UMNO Johor . Malah beliau menasihatkan agar Pemuda UMNO Johor menyelesaikan masalahnya melalui dialog dan mesyuarat.  Jika tidak ada kemelut dalam Pemuda UMNO Johor masakan Dato Ahmad Maslan menasihatkan yang sedemikian rupa"

Mesyuarat Pemuda UMNO Johor Di Kuala Lumpur
"Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin juga tidak menafikan wujudnya kemelut dalaman Pemuda UMNO Johor. Malah beliau menyatakan Pemuda UMNO Johor termasuk dalam negeri-negeri yang dipantaunya  sendiri. Suatu keputusan akan dibuat sama ada merombak atau tidak kepimpinan UMNO Negeri Johor. Jika Pemuda UMNO Johor tidak bergolak masakan Khairy Jamaluddin terpaksa memantaunya. Ini membuktikan wujudnya 16 Ketua Pemuda UMNO bahagian di Johor yang tidak berpuas hati dengan Ketua Pemuda UMNO Johor Sdr. Mohd Fadil Muskon." jelas beliau lagi.

Menurut Suhaizan lagi, YB Khairy Jamaluddin juga telah menuduh Dewan Pemuda PAS Johor cuba mengalihkan isu bagi menutup masalah sendiri.  Beliau juga beranggapan bahawa YB Khairy Jamaluddin tidak diberi maklumat tepat oleh kepimpinan Pemuda UMNO Johor bahawa kehadiran lebih 10 ribu peserta Himpunan Hijau Menuju Putrajaya Peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di Taman Dahlia, Kempas, Johor  telah membuktikan bahawa rakyat bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat di Negeri Johor. 


"Alhamdulillah, Himpunan Hijau Menuju Putrajaya anjuran PAS ini telah mengatasi himpunan yang telah dianjurkan oleh parti politik pemerintah dan NGO yang pro pemerintah di Negeri Johor sebelum ini. Ini membuktikan bahawa penerimaan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat semakin baik"


"Kami juga ingin menasihatkan Ketua Pemuda UMNO Johor, Saudara Mohd Fadil Muskon bahawa ‘budak baik’ seperti beliau tidak sesuai berada dalam UMNO.  Beliau lebih sesuai berada dalam PAS bukan dalam UMNO. Kalau kita baik tetapi berkawan dengan orang jahat kita akan menjadi jahat. Sunggup pun kita jahat tetapi berkawan dengan orang baik. Insya Allah kita akan menjadi baik. Selamat dunia dan akhirat. Marilah berubah mulai sekarang." ujar beliau dalam satu kenyataan media petang ini.

No comments: