Sunday, July 1, 2012

TU DIA!!! Hanya lima kerusi DUN selamat untuk BN di Kedah?



Oleh: Mat Kering Bakaq Bata


Berdasarkan kajian terkini yang dibuat oleh sebuah fakulti di UUM (kajian menggunakan geran kajiselidik UUM) yang membuat kajian untuk BN Kedah, BN atau lebih tepat lagi UMNO hanya selamat untuk lima buah kerusi di Kedah.


Kajian ini agak tepat kerana ia bukan setakat membuat random sokongan pengundi tetapi juga mengkaji aspek perpecahan dalaman UMNO serta menyediakan pula tahap kroniknya perpecahan itu. MK pun salute puak2 UUM ni sebab ini kali pertama dengar orang buat kajian sampai ke tahap itu. Juga dimasukkan faktor undi pos yang dianggap undi penyelamat BN.


MK baca semua kajian tu, boleh dikata semua bahagian UMNO ada masalah dalaman dan yang paling teruk masalah dalaman ialah Padang Serai. Boleh jadi laa kot walaupun MK tak tau apa-apa pasai masalah dalaman UMNO Padang Serai. Kalau MK yang buat analisa, UMNO yang paling teruk berpecah ialah Kuala Kedah dan Pokok Sena sebab MK ada banyak maklumat dari depa... almaklumlah hari2 dok minum kopi dengan rakan2 UMNO kedua-dua kawasan tu.


Lantaklah pilah kajian tekorok cai depa tu, cuma yang MK berminat tak citer ialah lima buah kerusi DUN yang masih selamat untuk BN tu, iaitu:


1. Bukit Kayu Hitam

2. Jitra
3. Kuah
4. Bayu
5. Tanjung Dawai (undi pos)

Jadi MK nak nasihatkan anggota UMNO yang dok gila nak jadi calon... hangpa pi berebut lima kerusi cukuplah.


Kepada Pakatan Rakyat pulak, MK nak nasihat jangan percaya sangat hasil kajian tu... boleh jadi ia strategi UMNO untuk lalaikan kita. Semuanya serba mungkin.


Changloon 3.55 pm

Kedah La

1 comment:

Anonymous said...

Umno kedah masih bolih membuat anjakan semula dan memberikan pertandingan sengit pada pru ini jika,perdana menteri berani mengubah ubah kerusi dan meletakan anak kampong d situ sebagai calon dun...