Sunday, July 22, 2012

PANAS!!! Presiden ISMA hina perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat?

Perjuangan politik Islam lebih luas dari sekadar ke Putrajaya. Apa gunanya ke Putrajaya jika sekiranya pegangan politik umat Islam terlepas dari genggaman dan siasah orang bukan Islam menjadi lebih dominen?.

Apa gunanya ke Putrajaya jika kita hanya berkuasa di 2,3 negeri sedangkan baki wilayah Islam jatuh ke kuasaan bukan Islam?

Perjuangan politik Islam ialah perjuangan yang dapat dapat memastikan pegangan politik umat Islam terpelihara ditangan orang Islam. Dengan itu akidah dapat dipertahankan, agama dapat dibangunkan, hak dan maruah umat Islam terjaga dan wilayah kekuasaan umat Islam dapat dipertahankan.Abdullah Zaik Abd Rahman

Ini adalah kenyataan terbaru Presiden ISMA yang menguris hati penyokong Pakatan Rakyat terutama PAS yang menganjurkan Himpunan Hijau ke Putrajaya.

Di bawah di salah satu komen dari banyak komen yang tidak bersetuju dengan kenyataan Presiden NGO Melayu ini.

 Kenyataan ini jika dilihat secara mendalam, menghina seluruh orang Melayu, seluruh umat Islam dan seluruh raja-raja Melayu di Malaysia kerana dengan sedar seolah-olah menuduh mereka semua kemaruk mengundi orang bukan Islam dan raja-raja Melayu dengan penuh kesedaran menyerahkan pemerintahan kepada bukan Islam walaupun PAS ganti UMNO (Islam baik juga ganti Islam korup)...

No comments: