Friday, July 6, 2012

PARIT BUNTAR!!! Bakal calon rasmi Sukaneka Pasti Parit Buntar






 


































PARIT BUNTAR, 6 Julai : Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Husin telah merasmikan Hari Sukaneka Pasti Parit Buntar pada tanggal  23 Jun 2012 bersamaan 4 Syaaban 1433, bertempat di Dataran Purnama Kampung Kedah, Parit Buntar.
 
Hari sukaneka ini merupakan satu acara tahunan bagi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Parit Buntar. Seawal jam 8.00 pagi, Dataran Purnama telah dipenuhi dengan murid-murid PASTI, guru-guru PASTI, dan waris-waris serta penduduk sekitar. 
 
Program bermula dengan Ucapan Pengerusi PASTI Kawasan Parit Buntar, Wakil PASTI Negeri Perak, dan ucapan perasmian oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain yang telah diumumkan sebagai calon PAS bagi DUN Titi Serong dalam PRU 13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
 
Upacara memotong belon telah dilakukan oleh Ustaz Abu Bakar sebagai simbolik perasmian. 
 
Tepat jam 9.30 pagi, bermulalah aktiviti yang dinanti-nantikan iaitu acara Sukaneka. Sebanyak 39 acara telah berlangsung dengan dua acara melibatkan waris. 
 
Manakala 1 acara lagi dibuka kepada kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas. Bermakna, sebanyak 36 acara untuk murid-murid PASTI yang telah disusun. Antaranya Lari Pecut, Lari Berhalangan, Isi air dalam botol, menyusun huruf dan banyak lagi.
 
Dengan bantuan sayap Pemuda PAS Parit Buntar, Unit Amal, serta Nisa’, Semua acara berlangsung dengan baik. Acara sukaneka yang dipertandingkan telah berakhir pada jam 12.40 petang.

Ucapan Penutup telah disampaikan oleh Dr Mujahid Yusof, Ahli Parlimen Parit Buntar seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
 
Tahniah diucapkan kepada PASTI Al-Munir, Taman Murni kerana telah berjaya menjadi juara keseluruhan. Malah, kejuaraan pada tahun ini merupakan kemenangan tahun ke tiga berturut-turut bagi mereka.

Tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya membawa pulang hadiah kemenangan kali ini. Kepada yang tidak menang, insya-Allah boleh cuba lagi tahun hadapan.

Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.BLOG PASTI PARIT BUNTAR
 
Barisan pengadil sudah bersedia.
 

Yahuuu... saya sampai dulu..
 

Lari berhalangan. Merangkak bawah meja.
 

Serang!!!!!
 

Peserta dok khusyuk menyusun huruf
 
YB Dr Mujahid sedang berucap

No comments: