Wednesday, October 17, 2012

DEMO BANTAH ST1M!!! BN kaut duit rakyat , PR tawar penyelesaian

oleh: al Husseyn
Mengkayakan kroni?   Pagi tadi sekitar jam 10.00, satu demo membantah pelaksanaan AES atau ST1M ( Saman Trafik1 Malaysia ) telah diadakan dihadapan pintu masuk JPJ Ipoh.
Mengapa diswastakan?
Demo tersebut bertujuan menentang kezaliman sistem tersebut tajaan kerajaan Barisan Nasional dan mendesak agar Saman Trfik 1Malaysia AES ini dimansuhkan.
Safarizal Saleh- PSU Pemuda PAS Perak turut serta
Hanya  dalam masa 8 hari pelaksanaan AES di 14 kawasan mulai 23 September lepas, 63,558 rakyat telah disaman!

Bantahan rakyat akan diteruskani
Sebanyak 831 buah kamera bakal dipasang dengan anggaran kutipan sebanyak RM 5 Bilion daripada poket saku rakyat kepada Kerajaan BN dan syarikat kroni.
Terima kasih kepada polis yg mengawal lalu lintas..
Pelaksanaan saman ekor melalui system AES yang diberikan kepada 2 buah syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd dengan melibatkan anggaran keuntungan lebih RM 700 juta setahun kepada syarikat swasta ini.
Yang pakai ketayap tu datang dari Parit! Semangat sungguh.
Ini jelas membebankan rakyat hasil tindakan kerajaan Barisan Nasional dengan alasan bagi menangani masalah kemalangan jalanraya.

AES: Pakatan semak semula jika tawan Putrajaya

  KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat berpendirian akan menyemak serta mengkaji semula pelaksanaan Automated Enforcement System (AES) jika berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan raya Umum yang akan datang.

Berkata pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu selain semakan semula pelaksanaan AES, Pakatan akan turut membuat semakan kepada perjanjian antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan syarikat yang melaksanakannya.

"Jika kita mengambil alih Putrajaya nanti, kita akan membuat semakan serta kajian semula terhadap perlaksanaan AES.


"Apa yang kita lihat sekarang AES ini bukan sahaja telah membebankan rakyat serta untuk mengaut keuntungan tetapi juga lokasi-lokasi pemasangan AES ini turut meragukan," jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Tambahnya lagi, isi kandungan perjanjian juga turut menjadi isu utama semakan tersebut, ini bagi memastikan tidak wujud unsur-unsur keuntungan mahupun perkara yang boleh membebankan rakyat.

"Kita akan semak semuanya, begitu juga dengan kadar had laju sekarang sama ada masih sesuai ataupun tidak.

"Ini adalah kerana teknologi kelajuan sesebuah kereta itu telah meningkat dan ia sudah jauh bezanya sejak dari awal hadlaju itu ditetapkan," sambung beliau lagi.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut berpendapat pelaksanaan AES ini bersifat meragut hak rakyat.

"Kita menyokong apa yang telah diputuskan oleh Pakatan Rakyat dalam pelaksanaan AES ini dan ia perlu dipertimbangkan semula

"Pelaksanaan AES ini hanyalah bersifat meraih keuntungan dengan cara meragut wang dari poket rakyat," kata beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau berpendapat kerajaan perlu mengadakan rundingan sebelum pelaksanaan AES dilaksanakan.

"Rakyat tidak berpuashati dengan pelaksanaan ini, mereka menyifatkan ia bukannya untuk mengurangkan kemalangan tetapi lebih kepada mencari keuntungan," sambung beliau lagi

Untuk makluman, AES adalah satu sistem yang dinaiktaraf dan beroperasi selama 24 jam sehari untuk merakam kesalahan hadlaju dan juga di persimpangan lampu isyarat.

No comments: