Wednesday, October 17, 2012

RUPANYA!!!! Program Tranformasi Najib tiada kelulusan Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR -  Semakan Audit mendapati, Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) yang dicanang Umno BN kononnya untuk menaik taraf kedai runcit tidak mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.

Berdasarkan Laporan Ketua Audit (LKAN) 2011, pelantikan konsultan dan pembekal program itu diuruskan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan melantik sebuah syarikat secara lantikan terus.

“Bagaimanapun, tiada surat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk pelantikan ini. SKM tidak mengeluarkan surat tawaran pelantikan konsultan dan pembekal program TUKAR kepada syarikat tersebut.

“Pelantikan ini hanya dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah SKM pada mesyuarat Lembaga Pengarah pada 30 Mei 2011,” LKAN dipetik.

Audit juga mendapati, tiada perjanjian ditandatangani antara SKM dengan syarikat konsultan dan pembekal program selain geran asas program itu yang belum digunakan.

“Tiada dokumen yang boleh dirujuk sebagai panduan untuk syarikat melaksanakan program TUKAR dan tiada penetapan dibuat bagi perkara tersebut.

“Antaranya spesifikasi dan nilai pengubahsuaian kedai runcit, senarai peralatan yang sepatutnya dibekalkan kepada koperasi, tempoh jaminan bagi kerja pengubahsuaian dan peralatan elektrik dan tempoh penghantaran bekalan barang kepada koperasi,” jelas LKAN.

Tambah LKAN, prestasi koperasi selepas mendapat bantuan geran adalah tidak memuaskan.

“Pemantauan dilaksanakan dengan menggunakan borang prestasi yang sepatutnya dihantar ke SKM setiap enam bulan.

“Bagaimanapun, analisis Audit mendapati hanya 232 daripada 678 atau 34 peratus koperasi yang menerima geran dari tahun 2009 hingga 2011 telah menghantar borang prestasi selepas 12 bulan menerima geran,” kata laporan itu. ~kd

1 comment:

Anonymous said...

mmg macam cerita nujum pak belalanglah.....satu utk kau(BR1M)..satu utk aku (projek TUKAR)....dua utk kau...dua-dua utk aku.......amacam kita TUKAR jer penyamun2 di pada PRU 13 nanti......