Monday, January 7, 2013

MAKLUMAT BOCOR!!! Isteri tokey balak bakal calon UMNO Dun Changkat Jering

Dari sumber yang digali,dikorek dan ditemui menyenaraikan 2 nama bakal calon UMNO untuk DUN Changkat Jering. 


Mereka ialah Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Gantang,Cik Jamilah Binti Zakaria dan Setiausaha UMNO Bahagian Bukit Gantang, Jama'ei Idris telah disenaraicalon oleh pimpinan UMNO Pusat bagi bakal calon DUN Changkat Jering dalam PRU13 nanti.



Ini bermakna UMNO mengenepikan calon tua bangka mereka yang tewas pada PRU 12 iaitu Datuk Mat Isa begitu juga YB katak yang melompat kerana dikatakan diupah oleh UMNO diibaratkan jauh panggang dari api dari disenaraikan.

Cik Jamilah Zakaria yang disenarai calonkan untuk bakal calon ini ialah isteri kepada seorang yang dikenali oleh penduduk disini sebagai "Ali Balak".

Nampaknya banyaklah balak-balak sekitar Changkat Jering bakal dibalak mereka...haha...

Manakala Setiausaha UMNO Bahgian Bukit Gantang pula masih dikatakan tercari-cari rentak dan sokongan dek kerana Ketua UMNO Bahagian YB Rosli masih dalam dilema yang besar tentang arena politiknya bakal diakhirkan oleh rakan-rakan seUMNOnya...hahaha....

Apapun dilaporkan kedua-dua nama ini masih belum turun padang dan masih belum diketahui masyarakat tentang mereka ini bakal calon...elok-lah dok diam-diam pada pendapat aku, sebab masaalah dalaman UMNO Bukit Gantang masih bergantang-gantang belum diselesaikan...hahaha.....



DUN Changkat Jering didalam Parlimen Bukit Gantang ini menimbulkan konterversi yang menjadi salah satu punca tercetusnya  sejarah hitam negeri Perak pada feb 2012 yang mana tiga ekor katak telah melompat parti menjadi Adun Bebas.

Tiga katak tersebut termasuklah YB Kapten (B)  Mohd Osman Mohd Jailu yang menang didalam PRU 2008 diatas tiket PKR bagi DUN Changkat Jering dengan mejoriti 1102 menewaskan calon UMNO BN Datuk Mat Isa Ismail.

Nampaknya setelah habis madu sepah dibuang begitulah keadaan-nya Osman Jailu yang mengesahkan tidak akan bertanding lagi untuk PRU akan datang.

Siapa lagi mau ambil katak...hahaha...UMNO Bahagian Bukit Gantang pun tak berani nak letak Osman Jailu sebagai calon,apatah lagi Pakatan Rakyat khususnya Bukit Gantang.

 YB yang lompat ini dikatakan terus meminggirkan diri serta dipinggirkan oleh semua lapisan masyarakat disini.


Itulah hukuman yang selayaknya bagi individu yang bergelar YB katak di Changkat Jering.


Semoga tiada lagi katak akan muncul di Changkat Jering, se-elok dan semoleknya bakal calon Changkat Jering dari parti yang teruji sejak sekian lama. 


* Sepekara lagi Aku juga berharap Menteri Besar Perak yang sah (DS Nizar) bertanding disitu dan berdepan dengan Bini Tokey Balak merebut dan memenangi Dun Changkat Jering untuk dibersihkan dari najis pengkhianatan YB Katak dan kroni-nya....hahaha... (Sekadar pendapat aku...).Orangni

1 comment:

Cik Salju said...

Salam semua rakan sesama islam.

Kenapa orang islam kena datang ke Himpunan Kebangkitan Rakyat?

Baca di sini :

astanakandis.blogspot.com

Selamatkan negara, selamatkan agama.

Jumpa di kl semua pada sabtu 12Jan2013.