Monday, January 7, 2013

PARIT BUNTAR!!! PAS Parit Buntar sambut baik penganjuran forum perdana ambang tahun baru


PARIT BUNTAR : Pas Kawasan Parit Buntar menyambut baik penganjuran forum perdana ambang tahun baru yang dianjurkan Yayasan PAKSI cawangan Parit Buntar dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Parit Buntar. 
 

Ketua Penerangan Pas Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, umat Islam kini sudah sedar untuk menyambut tahun baru dengan tidak melanggar batas agama. 


“ Pada mulanya, umat Islam khususnya di negara kita menyambutnya dengan mengikut kebiasaan dunia iaitu dengan berkumpul beramai-ramai, menonton konsert nyanyian dan tarian beberapa jam sebelum detik 12 malam 1 Januari.



“ Kemudian apabila detik 12 malam tiba, mereka menjerit keriangan melihat dentuman bunga api “ katanya
 

Fakhrurrazi berkata, Yayasan PAKSI Parit Buntar telah memberi alternatif kepada umat Islam di Parit Buntar dengan penganjuran forum berkenaan. 
 

“ Sebelum forum bermula, orang ramai solat Isya’ berjamaah , kemudian mereka disajikan dengan persembahan qasidah dan berakhir dengan doa selamat. 


“ Forum yang bertajuk “ Anak Muda Sambut Tahun Baru” menampilkan dua tokoh agama berwibawa iaitu Tuan Sheikh Faisol Haji Omar  dan Ustaz Abdullah Din serta dipengerusikan oleh Ustaz Jafri Abu Bakar.” Katanya
 

Menurutnya, kehadiran lebih 500 orang memenuhi perkarangan Pejabat Agama Parit Buntar membuktikan program berkenaan  berjaya kehadiran orang ramai.
 

“ Kita perlu memberikan alternatif kepada umat Islam untuk menyambut tahun baru dengan pengisian program yang memenuhi tuntutan agama.
 
“program sebegini  dilihat mampu mendidik masyarakat dengan cara yang berfaedah berbanding program yang berbentuk hiburan semata-mata” katanya
 
Katanya, Pendekatan Kerajaan negeri Selangor menganjurkan program sambutan tahun baru berbentuk ilmiah , penuh sederhana namun sangat bermanfaat patut dicontohi.
 

“ Lebih 100 ribu orang umat Islam terutama anak muda telah memenuhi Dataran Shah Alam menyaksikan program sambutan tahun baru anjuran Kerajaan Negeri Selangor.

“ Mereka berkumpul menunaikan Solat Isya’ berjamaah, kemudian diadakan soal jawab agama bersama selebriti dan bila tiba detik 12 malam, lagu Asma ul-Husna dinyanyikan beramai-ramai dan diakhiri dengan doa memohon kebaikan pada tahun baru itu” katanya

No comments: