Friday, May 24, 2013

BELUM PANAS KERUSI MENTERI!!! BN goyang Najib pening , MIC dan Hindraf berebut sakan

Tetap dengan pendirian bahawa MIC adalah parti induk bagi masyarakat India sejak 1946, Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel mahu Unit Hal Ehwal kaum India di bawah Jabatan Perdana Menteri diletakkan di bawah kepimpinan parti itu dan bukan Hindraf.
  
NONEOleh itu, beliau berkata unit itu tidak boleh diketuai pengerusi Hindraf P Waythamoorthy (kiri) yang dinamakan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam barisan baharu Kabinet baru-baru ini.
  
"Unit itu perlu diletakkan di bawah MIC. Kita tidak boleh ada dua pertubuhan deI MENTERIngan fungsi yang berbeza untuk masyarakat yang sama. MIC adalah parti induk bagi masyarakat India sejak 1946 dan kita melakukan kerja yang baik dan meneruskan usaha menangani masalah yang sudah begitu lama," katanya.
    

Beliau menegaskan bahawa jawatankuasa khas kabinet bagi orang India di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang diketuai MIC telah mengubah kehidupan ribuan masyarakat India dan membawa mereka dalam pembangunan arus perdana negara.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa  kerja pusat (CWC) MIC di ibu pejabat parti di ibunegara, Palanivel juga berkata beliau akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu depan, bagi membawa isu berhubung usaha memperkukuh keperluan masyarakat India.
  
NONEPalanivel (kanan) berkata perbincangan itu juga akan menyentuh agenda ekonomi masyarakat India.
  
"Ini memerlukan perbincangan serius. Saya akan bertemu perdana menteri sama ada Isnin atau Selasa," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.
  
Palanivel juga berkata MIC akan mengadakan perbincangan dengan Parti Progresif Penduduk (PPP), Barisan Progresif India (IPF), Makkal Sakhti dan semua pihak yang berasaskan kaum India berhubung cara meningkatkan undi kaum itu kepada BN.
  
Beliau juga mengumumkan Penyelaras Nasional bagi pergerakan Putera dan Timbalan Menteri Pendidikan II P.Kamalanathan dilantik sebagai pengerusi majlis pendidikan India MIC.
  
- Bernama

1 comment:

Anonymous said...

BIARKAN MEREKA BERGADUH SAKAN.LAST2 SEMUA TERKUBUR.